******************** Dengan Nama
Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ********************** Renungan
******************** "Wafatkanlah aku dan keadaan Islam dan gabungkanlah
aku dengan orang-orang saleh." (Maksud Ayat 101 Surah Yusuf)
********************** ANTARA tujuh golongan yang mendapat lindungan Arasy
Allah SWT adalah imam (pemimpin) yang adil. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:” Terdapat tujuh golongan yang
akan mendapat lindungan arasy-Nya pada hari yang tiada lindungan melainkan
lindungan daripada-Nya. ************************* "Mereka adalah imam
(pemimpin) yang adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah
SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; dua lelaki yang berkasih
sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh
perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak
dengan mengatakan dia takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan
menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang
diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika
bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” (Riwayat Imam
Muslim) ************************* Setiap imam (pemimpin) dipertanggungjawabkan
dan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana
imam (pemimpin) yang dapat berlaku adil. Pemimpin adalah daripada
setinggi-tinggi kedudukan (raja, presiden dan perdana menteri) sehinggalah
seorang hamba yang bertanggungjawab ke atas harta tuannya.
************************** Kini demam memilih imam (pemimpin) sedang melanda
negara kita. Malah PM Sementara, Najib Razak sebagai pemimpin (imam) tertinggi Barisan
Nasional (BN) dalam menyampaikan manifesto komponen partinya yang disiarkan
secara langsung selama 180 minit (sedangkan pembangkang ditawarkan
membentangkan manifesto selama 10 minit itupun secara rakaman) oleh sejumlah
stesen televisyen, beberapa hari lalu, secara terbuka mencabar rakyat sama ada
memilih beliau, Anwar Ibrahim (Ketua Umum KeADILan) dan Tuan Guru Abdul Hadi
Awang (Presiden PAS). ***************************“Inti pati PRU13 adalah sama
ada kebolehpercayaan rakyat memberi kepercayaan kepada (Dato' Seri) Anwar
Ibrahim atau Dato' Seri Hadi (Awang) atau saya sebagai Perdana Menteri,"
ungkap Najib. ****************************** Imam (pemimpin) wajar dipilih
daripada kalangan orang terbaik, sama ada dari segi ilmu dan akhlak malah penampilannya.
Jika imam masjid atau sesuatu jemaah (masa bertugasnya lima minit setiap solat)
dipilih di kalangan ‘orang baik-baik’ adakah kita mahu 'cincai' saja dalam
memilih imam (pemimpin) yang akan mengetuai tindak tanduk seluruh warga negara
selama lima tahun (satu penggal pemerintahan sebelum pilihan raya berikutnya).
Juga yang akan bertanggungjawab di akhirat kelak. ***************************
Jika PM Sementara Najib sudah melontarkan pertanyaan terbuka (siapa menjadi
pilihan anda sama ada Najib sendiri, Anwar atau Ustaz Hadi), ingin pula saya
utarakan satu pertanyaan; jika orang yang sangat rapat dan kita kasihi
meninggal dunia, di kalangan ketiga-tiga tokoh ini, kita pilih siapa menjadi
imam solat jenazahnya? Jawablah secara jujur; apatah kita pilih Imam Najib,
Imam Anwar atau Imam Hadi? Demikian juga siapa kita mahu jadikan imam solat
waktu (lima minit)kita? ************************ Terpulanglah kepada pembaca
untuk memilih siapa menjadi imam solat jenazah, imam lima minit (solat waktu
berjemaah) dan imam lima tahun (pemerintah) tetapi ingatlah bahawa segala apa
yang kita lakukan tidak berakhir di dunia ini sahaja tetapi akan berpanjangan
di akhirat sana. Setiap orang akan dikumpulkan bersama orang (termasuk
pemimpin-imam) yang dikasihinya. Sekali lagi tanya diri kita secara jujur, kita
mahu dikumpulkan bersama siapa; Imam Najib, Imam Anwar atau Imam Hadi?
********************* Jika kita hanya memilih orang baik-baik untuk menjadi
imam solat tetapi memilih imam yang terlalu memberatkan hal-hal dunia termasuk melakukan
perbuatan lara seperti berjoget 'gangnam style' atau lebih buruk lagi menjadi
perasuah dan penyamun harta rakyat di belakang tabir, percayalah akan lahir
umat yang baik semasa di masjid (atau ketika solat saja), tapi apabila keluar
daripada lingkungan itu, mereka tidak lagi kenal batas dosa atau pahala.
*********************** Berkenaan memilih pemimpin ini seorang tok guru pernah
menasihatkan:“Kalau pilih imam solat, wah, kita cari orang yang betul-betul
baik. Orang yang betul-betul kita yakini. Kita tak pilih orang kaki judi. Kita
tidak pilih kaki botol. ************************“Bagaimanapun apabila lantik
pemimpin, ini imam juga, kita pilih yang tak baik. Kita pilih yang rasuah. Kita
pilih yang tak amanah. Imam sembayang lima minit aja, tapi kita nak yang
terbaik, tapi imam di luar sana, masanya panjang, mungkin lima tahun (satu
penggal pilihan raya), takkan kita nak serahkan nasib kita pada pemimpin jenis
ini. Hah, nanti di akhirat nanti ikutlah pemimpin jenis
ini.”***********************Kata seorang lagi tok guru, kewajipan solat
diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika Israk Mikraj, jadi ada kaitan antara
ibadah itu dengan peristiwa-peristiwa yang dipertontonkan kepada Nabi s.a.w.
sepanjang perjalanan ke Sidratul Muntaha. ********************** Kalau memilih
imam solat (imam lima minit), kita pilih yang terbaik di kalangan kita,
tentulah apabila memilih pemimpin (lima tahun), kita akan memilih yang terbaik.
Oleh itu janganlah pembunuh, perasuah, kaki perempuan, kaki botol, kaki judi
dan pelbagai kaki buruk lain dipilih sebagai imam (pemimpin) lima minit atau
lima tahun!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan