INDUSTRI BERBILION RINGGIT MENANTI PENGLIBATAN ANDA...HANYA GUNA PREPAID

Jumaat, 30 Disember 2011

4 Perkara Bawa Kebahagiaan Manusia

Hadis: 4 perkara bawa kebahagiaan manusia


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, .dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."

"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Hadis: Empat perkara bawa kebahagiaan manusia
Oleh Drs Wan Aminurrashid
SESUNGGUHNYA, kebahagiaan adalah dambaan setiap manusia yang menghuni dunia
ini. Sebab itu setiap orang sentiasa berusaha untuk mencari dan mendapatkan
kebahagiaan dengan pelbagai cara.

Namun tidak semua manusia mampu mencapai impiannya atau memperoleh kebahagiaan
yang dicari dan yang dicita-cita itu.
Lalu, di manakah terletaknya kebahagiaan itu? Apakah pada wang yang banyak,
harta yang melimpah, emas yang bertimbun atau pada pangkat, bangsawan atau
kerusi yang empuk?

Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang
membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang
solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.”
(Hadis riwayat Ibnu Hibban).

Berdasarkan hadis ini, ada empat faktor atau kunci yang jika dimiliki oleh seseorang, tentu dia akan merasai nikmat bahagia. Namun tidak bererti hanya yang empat itu saja faktor yang membawa kebahagiaan. Apa yang Rasulullah nyatakan menerusi hadis itu hanyalah sekadar menunjukkan keutamaannya.

Rasulullah meletakkan isteri yang baik pada urutan pertama sebagai faktor
kebahagiaan seseorang. Isteri yang solehah akan memberikan ketenangan kepada
suami.

Rumah ibarat syurga jika memiliki isteri yang solehah. Antara sifat isteri solehah ialah hormat dan patuh kepada suami sepanjang suami mengikuti jalan kebenaran, melayan suami dengan baik dan penuh sopan, sentiasa menutup aurat, memasak dan menghidangkan makan minum untuk suami, mendidik anak-anak agar anak juga terselamat daripada godaan duniawi, bersikap mesra dalam berhubungan dengan kaum keluarga, menjaga rahsia rumah tangga, tidak keluar rumah tanpa izin suami dan banyak lagi sifat lain.

Allah melukiskan menerusi al-Quran mengenai sifat isteri yang solehah, menerusi
firman-Nya yang bermaksud: “Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu
ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan
dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama,
dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya.”(Surah an-Nisaa’ ayat 34).
Ibnu Abbas mengemukakan dua ciri khas mengenai pengertian as-solehah (isteri
yang soleh) iaitu mempunyai perilaku baik (berakhlak/sopan) terhadap suami, dan
mengerjakan perbuatan kebajikan.

Makna isteri setia dalam ayat itu ialah patuh dan jujur terhadap suami kerana
Allah. Seterusnya, Nabi Muhammad memperincikan tiga sifat isteri solehah, menerusi
sabda yang bermaksud: “Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah yang menggembirakan
engkau sewaktu engkau melihatnya; yang patuh apabila kamu perintahkan dia
(dalam hal kebaikan); yang menjaga dirinya dan harta milikmu semasa ketiadaanmu
di rumah.”

Isteri yang menggembirakan suami atau yang bermuka manis bukan bermakna wajah
cantik semata-mata. Biar wajah kurang menarik, tetapi jika selalu menguntum
senyum, tinggi pekerti, memancar dari keningnya cahaya iman dan keikhlasan,
itulah isteri solehah yang meriangkan suami.

Isteri walaupun cantik, tetapi jika wajahnya selalu mencuka, buruk pekertinya,
kening selalu berkerut, tidak akan dapat memikat hati suami.
Demikianlah juga halnya dengan soal patuh dan memelihara amanah suami yang Nabi
utarakan dalam hadis ini.

Selain faktor isteri, rumah yang luas, bagus atau indah juga akan memberi
kebahagiaan kepada penghuninya.
Bagaimanapun, kebahagiaan dengan memiliki rumah yang besar dan indah itu akan
tercapai sepenuhnya jika disertai dengan hati yang tenang dan damai. Jika hati
tidak tenteram, rumah yang luas dan indah akan terasa sempit dan tidak akan
merasa bahagia.

Rumah adalah tempat berteduh malah menjadi syurga bagi mereka yang beriman. Di
rumah juga seseorang akan memperoleh ketenangan dan kebahagiaan, apalagi jika
didampingi isteri solehah.

Jika rumah diibaratkan istana, maka suami adalah raja, isteri solehah adalah
ratu dalam rumah tangga, manakala anak-anak adalah rakyat.
Allah berfirman yang bermaksud: “Allah menjadikan untuk kamu rumah sebagai
tempat tinggal (tempat ketenangan).” (Surah an-Nahl, ayat 80).

Jiran yang baik juga menjadi faktor penting kebahagiaan. Seseorang akan merasa
sangat bahagia jika mempunyai jiran yang baik budi, murah hati, dermawan, saling
menghormati, bertolak ansur, suka menolong dan memberi perhatian.
Jiran baik tidak akan memberi sebarang gangguan kepada kita, sama ada melalui
perbuatan mahupun lisan atau ucapan; dan tidak merasa irihati dengan kelebihan
yang dimiliki kita.

Malah, jiran yang baik akan tumpang gembira dan mengucapkan tahniah dengan
kejayaan yang kita peroleh, dan menghulurkan pertolongan jika kita ditimpa
sesuatu musibah.
Oleh itu, sekiranya kita memperoleh jiran jenis ini, kita harus memiliki sifat
sedemikian kepada orang lain yang menjadi jiran, agar mereka turut merasa
bahagia seperti mana kita rasai.

Kenderaan yang bagus juga adalah faktor kebahagiaan. Setiap orang mengidamkan
kenderaan yang bagus atau baru, seperti kereta, motosikal dan sebagainya.
Sifat manusia memang suka kepada kebendaan. Kenderaan yang baru atau bagus akan
dapat membawa seseorang ke merata tempat yang disukainya tanpa memikirkan soal
kerosakan dan sebagainya, berbanding dengan kenderaan yang lama atau buruk yang
mana tiada jaminan keselesaan sepanjang perjalanan.
Namun dalam soal kenderaan ini, orang beriman harus berwaspada atau
berhati-hati, iaitu agar tidak sampai kenderaan itu memperbudak atau seolah
menjadi ’tuan’ kepadanya.

Sudah kebiasaan bahawa kenderaan yang baru atau bagus itu akan sentiasa diberi
perhatian oleh pemiliknya, seperti selalu dibasuh, diperiksa atau dibersihkan.
Bagaimanapun, janganlah sampai semua urusan itu melebihi tumpuan untuk
beribadat kepada Allah.
Apabila kenderaan lebih diutamakan daripada diri sendiri, bermakna kenderaan
itu sudah menjadi tuan yang memperbudakkan pemiliknya sendiri.
Kenderaan yang bagus tidak semestinya baru. Ia adalah nikmat Allah yang harus
dimanfaatkan untuk kebaikan seperti lebih rajin beribadat di masjid,
mengunjungi majlis ilmu atau membawa keluarga beristirehat. Janganlah hendaknya
ia digunakan untuk kerap ke tempat maksiat atau melakukan perbuatan yang tidak
diredhai Allah.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
.dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki
mu."

"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun
akhirat...."
*Mudahan Allah merahmati penulis asal yang menceritakan hal demikian

Khamis, 22 Disember 2011

FADHILAT SELAWAT FATIH

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
اَلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِم لِمَا سَبَقَ والنَّاصِرِ الْحَقِّ
بِالْحَقِّ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيم وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ

TerjemahanNya

Ya Allah,
Rahmatilah & berilah kesejahteraan serta berkatilah penghulu kami Muhammad,
pembuka bagi barang apa yang ditutup dan penamat bagi apa yang telah sudah,
penolong bagi yang hak, penunjuk ke arah jalan yang lurus. Allah berselawat ke
atasnya, ahli keluarga & sahabat-sahabatnya sebagaimana selayak untuknya
sesuai dengan darjat dan kedudukannya yang tinggi dan besar

Selawat Fatih adalah pembuka atau kata lain merungkaikan kepada perkara-perkara yang
sulit dalam sesuatu urusan. Begitu juga seperti selawat Syifa' sebagai penyembuh kepada penyakit. Selawat Fatih selalu diamalkan oleh golongan-golongan sufi dan salafus solihin yang hebat-hebat umpamanya Syeikh Abdul Qadir Jailani. Walaubagaimana pun sebagai hambaNya yang serba serbi kurang dalam ibadah digalakkan mengamalkan.

Memang ada hadis berkenaan bida'ah. Rasulullah S.A.W bersabda bahawa ulama itu pewaris
Nabi. Tidaklah menjadi kesalahan kalau nak diamalkan kerana ia masih lagi ibadat dan tidak ada pula isi yang berunsurkan apa-apa yang menentang Al-Quran dan As-Sunnah.


Fadhilatnya.

1. Barangsiapa membaca selawat ini 11 kali setiap selepas sembahyang 5 waktu, segala
dosa2 kecilnya diampuni Allah s.w.t dan tenteram hati dan jiwanya.

2. Barang siapa membacanya 21 kali setiap hari, Allah akan melapangkan rezeki dan selamat
keluarga dari kesusahan serta dijauhkan dari azab neraka.

3. Jika dibaca 100 kali setiap hari akan memudahkan seseorang mendapat jodoh.

Mengejar fadhilat tidak salah. Sebagai hambaNya, nalurinya inginkan sesuatu sebagai imbuhan,
umpamanya pahala dan fadhilat. Itulah hikmah diwujudkan fadhilat. Umpamanya seorang yang mengamalkan Surah Al-Waqiah untuk menjadi kaya. Tidak mustahil satu hari nanti kerana kerap diamalkan maka Tuhan tidak pula menambahkan kekayaan duniawinya tetapi sebaliknya mengurniakannya nur, taufik dan hidayah sehingga akhirnya dia ikhlas beramal kerana Allah s.w.t.

"Amalkan selawat yang mudah
difaham. Dan kita akan TERASA dekat dengan Rasulullah, rasa dekat dihati".

Jumaat, 16 Disember 2011

JANGAN MENGELUH

SALAM UKHUWWAH..
Kita selalu Bertanya………………..dan Al-Quran sudah menjawabnya………
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui
org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah
Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk
bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” - Surah Al-Baqarah ayat
216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.” - Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA LAGI : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB: “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih
hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139
LANTAS KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang
berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar
dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” - Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB “Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri,
harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? - Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB: “Cukuplah Allah bagiku,
tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” - Surah
At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB: “… ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” -
Surah Yusuf ayat 12