INDUSTRI BERBILION RINGGIT MENANTI PENGLIBATAN ANDA...HANYA GUNA PREPAID

Isnin, 23 Januari 2012

SUDAH BERSEDIAKAH ANDA KETIKA DIPANGGIL PULANG OLEH ALLAH???

Salam Ukhuwwah

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak petok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
- Zulkiflee Bin Ali

Rabu, 18 Januari 2012

Analisa Peristiwa Hijrah Rasulullah saw

Salam Ukhuwwah
Analisa Peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w.


Sekilas Pandang

Peristiwa Hijrah Rasulullah s.aw. dari Mekah ke Madinah amat signifikan kepada masyarakat Islam hari ini. Walaupun perjalanan peristiwa Hijrah amat merbahaya, namun ia adalah penentu kepada survival umat Islam. Terdapat beberapa perkara yang boleh dibuat analisa supaya umat Islam kini dapat mengambil pengajaran dan hikmah (
wisdom) dari peristiwa besar ini.

1.
Memahami misi dan visi


Menyedari dan memahami misi dan visi juga boleh diertikan mendahulukan yang lebih utama dari yang utama. Kota Mekah cukup sentimental dan mempunyai nilai nostalgia yang amat besar kepada umat Islam, apatah lagi kepada Rasulullah s.a.w. Ia adalah tempat baginda dan anak-anaknya dilahirkan, selain menjadi tempat ibadah utama kerana di situ terletaknya Ka'abah. Pastinya sebahagian para jemaah Haji berasa amat berat untuk meninggalkan kota Mekah yang memiliki begitu banyak kelebihan berbanding tempat-tempat yang lain.
Bayangkan pahala satu waktu solat di Masjidil Haram menyamai 100,000 kali di tempat yang lain!! (sekadar satu contoh). Namun, umat Islam diseru untuk sanggup meninggalkan kota suci ini. Para jemaah Haji dijelaskan bahawa terdapat misi dan visi yang besar bagi mereka terutamanya bagi menegakkan agama Islam di tanahair masing-masing. Sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. suatu ketika dulu berasa berat untuk meninggalkan Kota Mekah yang tercinta. Dikatakan, ketika bergerak meninggalkan Kota Mekah, baginda telah berpaling untuk kali terakhir dengan penuh perasaan kerinduan dan kasih sayang kepada tanah kelahiran dan kota suci umat Islam ini. Namun, semuanya ditinggalkan bagi menjayakan peristiwa Hijrah. Jelasnya, umat Islam mestilah mampu untuk mengalahkan emosi dan sentimental value bagi menjayakan apa sahaja misi dan visi mereka.

2.
Memahami secara realistik dan menyiapkan latihan


Rasulullah s.a.w. memahami secara realistik situasi kota Mekah yang tidak dapat dijadikan sebagai tapak pembangunan negara Islam. Baginda tidak ada pilihan yang lain selain dari berhijrah. Sebelum berlaku peristiwa Hijrah ke Madinah, baginda telah menyiapkan diri umat Islam tentang idea penghijrahan ini. Hijrah pertama ke Habsyah bukan sahaja bagi mendapatkan perlindungan dari Raja Najashi, namun ia dilihat sebagai suatu latihan dan persiapan awal.
Ini untuk memahami kemampuan umat Islam dan menyiapkan mereka bagi melakukan Hijrah yang lebih besar iaitu ke Madinah. Oleh itu, umat Islam mestilah membuat perkiraan secara jujur, benar dan realistik serta menyiapkan diri dengan latihan yang secukupnya.

3.
Merancang kerja secara strategik


Rasulullah s.a.w. telah merangka strategi yang amat berkesan bagi menjayakan peristiwa Hijrah ke Madinah. Antaranya ialah dengan mengadakan hubungan awal dengan masyarakat Madinah iaitu dengan menghantar utusan bernama Mas'ab bin Amir. Baginda juga telah mengadakan
bay'ah (sumpah setia) dengan wakil masyarakat Madinah yang berkunjung ke Kota Mekah.
Rasulullah s.a.w. juga telah membahagikan dua kumpulan utama iaitu golongan Muhajirin dan Ansar yang mempunyai peranan yang tersendiri dalam menjayakan misi Hijrah. Masing-masing telah dilengkapkan dengan motivasi kerja yang cukup tinggi sehingga mereka sanggup meninggalkan harta, keluarga dan apa sahaja. Mereka juga sanggup mengorbankan apa yang mereka pernah miliki.
Namun, Rasulullah s.a.w. bukan sahaja menyiapkan modal insan tetapi juga modal kewangan kerana misi Hijrah tidak boleh berjaya tanpa adanya sumber dana yang mencukupi. Sebagai contoh, saidina Abu Bakr al-Siddiqi telah mendermakan seluruh hartanya dalam menjayakan misi Hijrah. Jelasnya, perancangan dan persiapan rapi dari segi modal insan, material dan gerak kerja yang tersusun rapi adalah resipi kejayaan sesuatu misi.

4.
Pembahagian Tugas dan Pemain Utama Peristiwa Hijrah


Apa yang agak menarik dalam peristiwa ini ialah pemain-pemain utama dalam peristiwa ini adalah insan terpilih. Mungkin pada hari ini ia disebut sebagai pemberdayaan atau
empowerment. Mereka yang terpilih ini telah melaksanakan tugas yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. dengan cekap, bersemangat atas rasa kecintaan dan keimanan yang cukup hebat. Pemain utama peristiwa Hijrah selain dari Rasulullah s.a.w. adalah:

a) Abu Bakr al-Siddiq r.a.
b) Ali bin Abi Talib k.w.
c) Abdullah bin Abu Bakr r.a.
d) Asma' bint Abu Bakr r.a.
e) Amir bin Fuhayrah r.a. dan
f) Abdullah bin Urayqat.

Kebetulan pula ejaan semua nama mereka adalah bermula dari huruf A (mengikut ejaan Romanise) mungkin boleh menjelaskan kehebatan yang dimiliki oleh mereka! Namun yang pasti mereka adalah yang terbaik dan telah melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sempurna dan layak diberikan markah A (seumpama nama mereka bermula dengan A!)

a) Bermula dengan Abu Bakr al-Siddiq r.a., beliau adalah sebagai teman dalam perjalanan. Beliau merupakan sahabat yang paling rapat, yang paling "senior" dan juga paling tenang dalam menghadapi sitausi yang amat mencabar.

b) Ali bin Abi Talib k.w. pula diberi peranan untuk mengelirukan musuh dengan tidur di kamar Rasulullah s.a.w. Sebagai ahli keluarga yang rapat kehadiran Ali tidak disyaki oleh musuh dan berjaya memperdayakan musuh sehingga Rasulullah s.a.w berjaya keluar dengan selamat dari rumah tanpa disedari.

c) Abdullah bin Abu Bakr r.a. pula ditugaskan untuk mendapatkan maklumat terkini dan melaporkannya kepada Rasulullah s.a.w.

d) Asma' bint Abu Bakr r.a. pula berperanan untuk menyediakan makanan semasa Rasulullah s.a.w. dan bapanya bersembunyi dalam gua Thawr.

e) Amir bin Fuhayrah r.a. pula berperanan untuk menghilangkan jejak-jejak kaki Abdullah dan Asma' bint Abu Bakr yang berulang alik di sekitar tempat persembunyian Rasulullah s.a.w.

f) Manakala Abdullah bin Urayqat pula diberikan tugas sebagai penunjuk jalan ke Madinah. Walaupun bukan beragama Islam, namun kepakarannya mengenai seluk beluk jalan ke Madinah menyebabkan beliau dipilih. Oleh kerana beliau masih seagama dengan kaum Quraysh, ia dapat menghindari kecurigaan di kalangan pemuka Qurayh yang sedang memburu baginda. Oleh itu, pejuang Quraysh pasti tidak menyangka kerana Abdullah bin Urayqat adalah "orang mereka".

5.
Keimanan yang tidak berbelah bagi


Keimanan kepada Allah dan Rasul adalah kunci utama kejayaan misi Hijrah. Iman adalah suatu yang bersifat abstrak. Namun, tindakan seseorang adalah manifestasi kepada keimanan mereka. Oleh itu benarlah sabda baginda, "
Tiada iman (atau tidak sempurna iman) bagi mereka yang tiada sifat amanah" (Maksud Hadith). Begitu juga, "Seorang yang hendak berzina, tidak akan berzina jika dia beriman kepada Allah" (Maksud Hadith).
Jelasnya, iman bukanlah suatu angan-angan atau perhiasan, tetapi ia adalah keazaman yang tinggi dan dibenarkan dengan tindakan yang tercetus dari keimanan. Jelasnya seandainya seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah, pastinya dia tidak akan melakukan perbuatan pecah amanah, mencuri atau berzina. Begitu juga dalam peristiwa Hijrah, jelas menunjukkan keimanan kepada Allah dan Rasul di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. Malah sebelum berlaku peristiwa Hijrah, kisah Sumayyah dan Bilal jelas menunjukkan bukti keimanan yang tidak berbelah bagi.
Seterusnya, keberanian Ali bin Abi Talib untuk tidur di kamar Rasulullah, sifat dermawan dan kesetiaan Abu Bakar untuk mendermakan seluruh hartanya, dan gerakkerja semua para sahabat baginda yang lain adalah cetusan dari keimanan mereka. Oleh itu, seharusnya umat Islam pada masa sekarang menghayati peristiwa Hijrah dan mengukur kembali tahap iman mereka dengan tindakan yang telah mereka lakukan. Bersempena dengan kedatangan tahun baru 1429H nanti, seharusnya kita dapat membetulkan kembali segala tindakan dan memastikan ia lahir dari cetusan dari keimanan kepada Allah dan Rasul.



Kesimpulan



Peristiwa Hijrah bukan sahaja berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w. tetapi juga kepada Nabi dan Rasul yang lain. Contohnya, Nabi Yaaqub a.s. telah berhijrah dari bumi Iraq untuk menghindari ancaman hasad dengki saudaranya. Nabi Ibrahim a.s. pula telah berhijrah ke Babil di Iraq dan kemudian ke Mekah sebagai menyahut perintah Allah. Nabi Luth a.s. pula pernah berhijrah ke negeri Syam dan kemudian menetap di Nablus.
Manakala Nabi Musa a.s. pernah berhijrah meninggalkan Mesir kerana ancaman dari Firaun. Dalam konteks hari ini, penghijrahan bermaksud melakukan perubahan terhadap diri atau disebut anjakan paradigma iaitu berubah dari keadaan yang buruk kepada yang baik dan daripada keadaan yang baik kepada yang lebih baik. Berbekalkan peristiwa Hijrah, umat Islam seharusnya mengambil teladan untuk melakukan penghijrahan dalam kehidupan mereka. Ini sebagaimana maksud firman Allah swt dalam surah al-Ra'd ayat 15 "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka merubah keadaan diri mereka sendiri". Oleh itu, tepuk dada, tanyalah iman.


Khamis, 12 Januari 2012

Berfikir Secara lslam

Salam Ukhuwwah
Sedutan kuliah Ust Tuan Ibrahim yang sempat di salin.....moga beliau  sentiasa diberi kesihatan untuk terus berdakwah dan berjuang...


tahiyyatan wasalaaman assalamualaikum ,al-hamdulillah dlm kesempatan mlm ini,tn2 kita dpt mdgr satu kuliah drp al-fadhil sebagai muqaddimah tajuk kita & pengerusi maklumkan, 

tn2 sekelian , membicarakan ttg pemikiran manusia, kita ni bfikir ikut akal ,dlm kepala kita ada otak- semua org ada otak, tp kita x guna otak tn2, kita guna akal,kalau guna otak ,bahaya, kena guna akal dlm tindakan kita, bila sebut guna akal,maknanya kita gunakan emosi,perasaan kita gunakan belas kasihan /timbangrasa / logic. Kalau ikut otak saja ,xde timbang rasa tn2.

 Jd btindak ikut akal yg kita ada, dan akal kita ini ,dia bertindak menurut apa yg ada atas dia,maknanya menurut ilmu yg ada dlm akal itu,kalau akal itu xde ilmu-mcm org gila-maka dia bertindak dgn gila dia,tp takpelah dia gila,kalau org gila makan makanan dlm tong sampah,org tak kata apa , cth penagih kalau sampai yg teruk,dia cium taik lembu ,dia bawa kertas dia ikut lembu,lembu terkejut  , ngapalah dia ni ikut aku ,lembu berak dia tutup dgn kertas, sedut sikit , dia hidu wap taik lembu tu, lembu geleng kepala tgk ke dia,tp takpelah itu penagih, maknanya manusia ni point sy yg pertama,


Manusia dia bfikir ikut akalnya & akal itu sebagai saluran, kalau akal itu ada ilmu,maka dia akan bfikir dgn ilmu dia, sbb tulah yg paling merosakan akal manusia, bila ilmu yg dia belajar itu adalah ilmu yg tdk berhubung dgn Allah,

 Bila ilmu tidk berhubung dgn allah b/m kita nak suruh dia berfikir pd allah –tak boleh- dia x mengaji bab tu,kalau dia bljr tajwid,dia bljr nun mati mim mati ,dia x bljr dia mati , bila dia bfikir ikut ilmu dia & ilmu itu pula xde hubungan dgn allah,

 sbb tu sentiasa berlawan, tp bila org berfikir dgn ilmu yg ada hubungan dgn allah ,yg seorg lagi beljr dgn ilmu yg tak berhubung dgn allah, bila dua2 ni bertembung masalah,dia lbh teruk drp kereta yg accident tn2

 w/p tubuh sama tubuh xpe,tp idea tu bercanggah ,cth bila sebuah  negeri di malaysia buat peraturan,iklan2 yg ada gambar perempuan hisap ice-cream ,ng tu kata xboleh,haram iklan mcm tu, cth lain pasang lampu dlm panggung wayang (itu ideanya,kerana dia melihat dlm kontek utk menyelamatkan manusia drp buat maksiat) tp otak yg masuk air, dia Nampak tindakan ini mybbkan pelancong xdtg.

 Waktu 3 org gadis kena tangkap masuk ratu cantik, tn2 tgk (saya nak gambarkan pertembungan pemikiran) bila yg tangkap (jbtn agama),mcm2 org komplen ,ada yg kata tangkapan itu menjatuhkan maruah lslam (xboleh fikir macam mana dgn tangkap tu maruah lslam blh jatuh)manakala x tangkap maruah lslam naik, 

makcik2 masuk ratu cantik belaka,mudah2an maruah lslam naik
Komplen yg lain katanya tangkapan itu mybbkan pelabur x dtg
Kalau ratu cantik xboleh,lelaki bina bdn pun x boleh, 

makcik2 kat kg,sambil2 jemur kain berkemban,itupun x blh  w/p tak masuk ratu cantik ,kejar dek benggali baru tau, 

pakcik2 pun w/p tak masuk bina bdn, yang pakai seluar pendek,dari kecil smpai ke tua, haram juga ,

cumanya dr segi dua2 ni, attrack nya yg menarik lain, 

haram sama haram, sbb  tu aurat laki2 dgn perempuan lain,

aurat laki sikit,aurat perempuan byk,sbb pr ni lebih menarik,

org tgk kasut perempuan pun blh meleleh air liur,

x percaya tn2, letak dpn saya org tua2,kmdn panggil seorg ratu cantik ltk dpn ni,tak meleleh air liur pakcik tu,  

lps tu ltk pulak perempuan tua2,kemudian bawa johan bina bdn dpn perempuan tua2 tu,tak ke bertempik makcik tu,maknanya itulah beza dia,sbb tu penghraman ini kena berfikir secara


Satu hari Imam malik tgh mgajar,dtg seorg hamba allah duk dpn dia,imam malik tgk lelaki itu ,
rasa berdebar dia (ni org alim drp Negara mana)
lps imam malik mengajar, imam buka soalan.imam malik nak tgk lelaki ni nak Tanya tak apa2 soalan,
tiba2 tak Tanya,imam bertambah berdebar,

mlm ke2 lelaki itu ada lg, spt biasa lepas habis,buka soalan,tp lelaki tu tak Tanya lg,
akhirnya imam malik Tanya dia,tn ada apa2 soalan tak ,
katanya ada,bilakah kita blh buka puasa, itu soalannya.kata imam bila matahari terbenam,
dia Tanya lg apa pdpt kamu,sekiranya hari dah mlm tp matahari tak terbenam lg blh buka puasa tak?
imam kata sah bodoh rupanya,hari dah mlm matahari tak terbenam mana ada.
Dgn sbb dia Tanya tu,barulah imam tau rupanya lelaki ni jahil


Berfikir ni kena ada method ,org lslam kena berfikir cara lslam,bila kita berfikir secara lslam,

hasilnya tindakan kita  secara lslam ,cth nelayan muslim bila dia nak turun ke laut,dia fikir dah,
aku nanti zohor ditgh laut,dia ada persiapan tu,dia akan bawa kain solat dsb mcm kita nak pergi tempat org mati,tau dah nanti ada solat jenazah,jd pakailah selalu pakaian yg elok supaya nanti boleh solat jenazah juga Org komunis dia berfikir cara komunis, penoreh getah dia berfikir alam dia,berfikir cara dia,cerita dia ttg getah je,potong getah,harga getah naik

Ttp bala besar yg melanda Negara kita,bila masuknya satu fahaman,namanya sekularisma (satu fahaman yg dibawa oleh musuh lslam,agama dgn hidup ni terpisah,bila sebut agama dimasjid ,tp bila turun ke laut /kerja takde hubungkait dgn agama). 

Punya bahayanya fahaman ini bila manusia berfikir agama takde ,tn2 bila org xde  agama apa jadi, dia boleh jd bohsia, bzina, minum arak. 

Yg kawal kita tak tinggal solat ni tn2 agama,
kes kita ingat ke mati,takutkan allah,takut azabnya,tp bila agama xde,dia boleh jadi apa saja-buaya ,penyangak 

Barat dia mahu supaya manusia ni jgn ada agama dlm hidupnya, agama ni duk dlm masjid je-hari jumaat  dtglah solat 

Imam ghazali – jgn duduk/ makan/ketawa/berjln/tggl dgn org tak solat

 lslam ada harga diri-kalau orang tu tak pernah solat,buat pulak dosa,kalau dia mati,jgn panggil dia utk solat Jenazah  (ustaz org guna masa terdesak je-kita bkn kapal selam) lslam ni ada maruah (zalikaddinul qayiim),penganut lslam ialah org yg ada maruah

malu kita nak tolong doakan dia minta allah ampunkan dia,kesiakan dia,tp  dia tak kesian pun  dirinya 

ada org tunkus lumus kerja,sampai lupa t/j pada allah,sampai xde masa dgn allah
kita bila mati nak jumpa dgn allah (inna lillah wa inna ilaihi roji’un) kita drp allah dan akan balik jumpa allah.
lslam memang suruh kita cari rezki,tp jgn sampai xde masa dgn allah,

bila fikir benda celik mata nak duit,borak nak duit,bincang duit/harta, bila masa akal kita bfikir utk mati /utk tuhan /islam /agama.cth mudh,tn2 duk disini brp th,ada org dah 20th,40th,selama tempoh itu tn2 duk disini,tn2 ada rmh /tanah/kebun /kereta,paling tidak motor,dr segi hidup dunia cukup,

mari Tanya satu soalan,rezki yg tn2 dpt,brp buah buku agama yg kita beli (xde),kotak rokok byk,simpan elok2 kotak rokok,nanti malaikat Tanya brp kotak dah habis spjg kamu hidup,

mcm seorg hamba allah (kuantan) bln puasa,mkn tgh2 bus stand,dtg pencegah maksiat tangkap dia,ngapa awak mkn, dia pun bawa keluar surat doctor,saya ada surat doctor,jwb ust tu, fotostat byk surat tu,

ngapa tuan,esok senang kalu malaikat Tanya,ngapa x puasa,kan I dah htr ke u satu salinan surat sakit. 

Dia  ingat bila ada surat tu,permit besar utk dia makan tgh org ramai, kita seringkali sebut,
harta xboleh beli segala2,
kita boleh beli makanan yg sedap, tp kita xboleh beli selera mkn,selera makan x bergantung kpd makanan yg sedap,
tn2 boleh beli tilam yg tebal, tp tn2 x boleh beli nyeyak tidur,nyenyak tidur x bergantung kpd tilam,kdg2 tidur atas simen nyeyak tidur,sampai berdengkur2, kdg2 sambil dgr ceramah jadi, ngangguk2 bukan fhm 

Hari jumaat khatib baru pegang tongkat,dah ngangguk, setuju2, ilmu kasaf 

tn2 M.Jackson cth tn2 kenal saya pun kenal,dia tak kenal saya ,harta byk,duit byk,penyakit dia tak lalu mkn,sampai kurus, cenkung ,penyakit xde selera makan ,akhirnya bila naik  buat konsert ,terpaksa make up tebal2 ,jgn Nampak kurus , dia ni asal hitam,tp bila naik atas pentas putih,Tanya budak2 sapa lahir hitam besar putih ,MJackson lah


Berfikir ni kalau kita berfikir kpd benda,maka apa erti takut pd Allah, sbb rosaknya pemikiran seorg muslim lagi,bila kita diajar pd benda yg Nampak,
sbb agama mengajar benda ni x Nampak,sbb tu org pyh percaya,pakcik marilah solat jemaah di masjid,sapa2 yg berjemaah kata NM dapat 27

dia jwb 27 kalau dah bagi ramai2 berapa je dpt (ni otak masuk air),kita kata marilah solat berjemaah pahalanya byk, pahala mana ada, x Nampak. lslam ni mengajar benda yg tak Nampak spt pahala ,syurga ,neraka dosa,malikat ,azab, semua x Nampak 

yg dia ajar kalau kita rajin kerja saham kita naik,kalu jerubu takde ,rakyat hidup sihat, kalu kita buat hujan tiruan ,maka asap pun lenyap  sbb dia fikir benda3 .

cth jerebu ni,melanda Negara seluruh, tn2 tgk ,kadar jerebu yg kena di kuantan lebih teruk dari jerebu di Jakarta ,pelik tak,waktu kita baker hutan,buka felda ribu ekar ,kita baker, mana pegi asapnya,gi Indonesia,kita eskport sana , xde pula jerebu masa tu, hutan Kalimantan tbakar,dia dtg kemari asap,kenapa asap tak pegi Filipina,Thailand, itulah namanya bala allah,ada org jwn sbb angin almino tolak,drp angin tu dtg –krn perubahan cuaca dilautan pasifik dsbnya ,soalnya sapa yg tolak angin tu bawa asap ke mari ,fikir sikit je


nak balik kpd cara berfikir secara lslam ni spy bila lslam mengajar benda yg x Nampak, sbb itu tmasuk perkara samiyyat,bila benda tu tak Nampak bukan bermakna bend itu xde,cth akal kita mana akal,dlm kepala tu otak
mula lslam ajar benda ,percaya benda yg Nampak/rasa.kmdn benda tu ada tp xnampak spt angina ,boleh taut p xnampak.kmdn ada benda yg kita x Nampak /rasa spt jin semua org percaya ada jin , jin ada bermacam2 jin malaikat pula tak mkn /minum, naik lagi allah


sebagaimana akal kita blh percaya benda tak Nampak tp ada ,takkan tak percaya kpd alam mati,semua org akan mati,azab dlm alam kubur,soal malaikat dlm kubur,x macam kita tgk dlm dunia ni.tak percaya tn,
bila ada org mati,ambil kaset  buh dlm kubur,rakam,esok gali balik kubur,ambil kaset,pakat2 dgr,
benda dia jawab bila malaikat Tanya

lkan muda satu hari berenang dlm sg gi kat umpan yg org duk mancing ,kata ikan tua jgn makan ,tu umpan ,kalu awak mkn,awak  akan naik keatas,bila sampai atas ada org pula,bengis ,lps tu dia belah perut ,masuk dlm kuali ,bwh dia ada api, awak tau kuali,api,

manalah ikan muda tu tau kuali ,api,moga dia asyik duk dlm laut je, 2jam ceramah ke ikan muda, dah siap ceramah ,ikan tua pun balik,tggallah ikan muda,dia fikir  balik,betul ke,entah2 dia nak ke dia yg mkn umpan tu,jadi sebelum dia mkn , baik ikan muda yg hentam dulu,dia pun makan,bila mkn rasa  ada satu besi cucuk mulut dia,waktu tu baru dia teringat pesan ikan tua,kalau aku dgr nasihat ikan tua..kalau2

kalau aku solat hari tu – dalam pd tu tali mancing ditarik,bila sampai diatas betul rupanya dia tgk ,
agama mengajar kita benda yg tak Nampak dari segi zahir, tp ada nilai di akhirat, fahaman2 sosialis /kapitalis mengajar benda yg Nampak ,akhirnya antara benda yang blh dipercayai 

org yg xde  agama pd akalnya,diberi ilmu agama,dia akan ambil benda yg  nampak ,xboleh salahkan dia,sbb tu bila berlaku fahaman material,secular, salah pertama ialah sistem pendidikan yg org tu bljr,

kalu dia gi Negara komunis, dia diajar dgn fahaman komunisma, dia balik dia berfikir cara komunis,jadilah ia rasyid maidin /shamsiah fakeh/ cing peng,kenapa ? bila ilmu allah sebut

iqra’ bismirabbikallazi kholaq 

Allah kata baca dgn nama tuhan,bkn baca saja,baru ilmu itu berhubung dgn tuhan,kalau baca xde hubungan dgn tuhan, itulah jadinya secular,materialisma,fahaman x bertuhn 

yg ke3 bila manusia bfikir dgn tidak   ada ruh agama dlm hidupnya,maka tindakannya juga  tak de ruh agama- bila air ni kosong tn2 bubuh warna biru,maka air akan menjadi warna biru,  

bila tn2 pakai cermin mata hijau,tn2 nampak hijau semua. Masalah kita sbb dlm otaknya dia dah set fikiran mcm tu,kalu cermin mata boleh buka ,tp dlm otak ni dah set mcm tu ,maka dia akan bfikir mcm tulah, dia tak Nampak jln  

Macam nelayan tgk kerja noreh getah,dia kata tak Nampak jln kalu menoreh ,dgn pacat,nyamuk, tak boleh2, org menoreh tgk org ke laut, tgk ombak ,dia kata x Nampak jln juga cara nelayan cari rezki
bila fikiran dia tidak berfikir secara agama,maka tindakannya adalah tindakan yg tak mementingkan agama, bila agama ni penting,masa nak mati,panggil ustaz minta tolong solat jenazah, saya bg ustaz RM2, dia ingat nilai agama tu RM2, bila panggil guru quran, brp byrn, RM5 cukuplah – mahalnya RM5 – anak dia reti mengaji tu ,RM5 dia kata mahal,

betul ke byr RM10 kat imam tolong baca doa tu,nilai doa tu kita xboleh byr tn2,apa dia doa 
ya allah ampnkan dosa kami,masukkan kami dlm syurga,jauhi kami dari neraka ,takkan RM10 je harga syurga ,tp bila bab agama cukup berkira

oleh kerana itu ,bila bfikir dgn cara x betul,maka tindakan dia pun tak betul, kenapa dia bertindak begitu,
sbb dia berfikir bhw nilai agama tu murah, cth mudah air,gi ke kedai beli air, tauke bg air mineral satu (lengkap dengan tudung,kertas stiker)brp tauke ,1.20, byr , 

tn2 takkan beli air yg takde tudung, tauke bawa air yang takde tudung,kita Tanya mana tudungnya –entah syarikat ni memang tak bertudung – belilah ust,kan ust  nak minum air,bukan nak makan tudungnya
saya nak gambarkan bhw lslam ni terima semua, sikit x terima cukup dah ,tak jadi lslam dah,tp kita rasa lslam ,tp yang nak nilai bukan manusia ,tp allah,
kalu yang nak nilai amalan kita xpe ,yang nak nilai amalan anak dia,bapanya xpe, ayah Tanya awak solat,takkan ayah x tau, ok syurga first class.kalu yang nak nilai amalan isteri adalah suami senang tn2.minah ke mari,awak solat, ha ah ,ok syurga ,tp yang nak nilai kita allah  

innallaha tyoiyibun la yuqbalu illa thoyyibat
allah itu cantik indah ,allah xterima melainkan yang cantik indah

botol air yang takde tudung pun kita tak terima,takkanlah tuhan nak terima 

illa man athallaha biqalbin salim 

sapa yang mengadap allah dgn hati yang bersih baru allah terima,
hati nak bersih m/mana kalu solat pun tak,macamana allah nak terima kalu amalan yg mula2 allah nak cek ialah solat 

awwalu ma yuhaasabu ila yaumil qiamah assolat 

mcm interview ,dia panggil nama,kita pun masuk,selagi dia x suruh duduk,tak boleh duduk…mana surat panggilan temuduga, yang pertama tgk surat,dia kata minta maaf tn saya surat tu takde,tapi sijil yang tn nak & tak nak semua saya bawa.kalu surat panggilan takde ,maka x layak utk ditemuduga w/p sijil bertimbun 

yang pertama allah cek dipdg mahsyar tu ialah solat, mcm mana solat kamu ,ya allah ya rabbi mohon maaf tuhanku ,solat patik tak pernah buat adanya, kalu x solat pakai jln lah .

solat mcm gelas dgn piringlah ,gelas kena letk atas piring @ gelas ni, air kena bubuh dlm gelas, kalu gelas takde,nak tuang dlm apa,tuang terus dlm mulut,mana boleh…

bukan george soros penyangak a/bangsa ,sebagai syarat gelas kena ada utk letak air,maka demikian juga solat kena ada syarat nak ltk amalan poket kita boleh bubuh benda sebab ada jahit dibawahnya,tp kalu jahitnya tn2 buka,bubuh benda tak penuh2 poket.


Agenda kita besar iaitu kehidupan.dunia sebagai jambataan ke akhirat,oleh itu kalu dunia kita hidup ,solat pun tidak (ibu segala baik ada pada solat)(ibu segala jahat pada arak)
kalu manusia solat tak,arak minum,beritau pakcik bersiaplah utk allah humbankan dlm neraka kenapa (ibu segala baik ada pada solat)(ibu segala jahat pada arak) bila ibu dah buat,anak tentu dapat,yang lain jd kecil,zina jadi kecil dsb 

Sbb tu NM kata man tarokassolat muta ammidan faqod kifara jihara

Mudah2an allah berkati majlis kita,hingga kita jumpa pada masa lain,insya-allah

Ampunilah dosa kami ya allah,dosa isteri kami dan anak2 kami ya allah, dosa seluruh ahli keluarga kami yang beriman padamu ya allah
Ya allah ya tuhan kami, ampunilah dosa2 kedua ibubapa kami ya allah ,guru2 kami ya allah,mereka yang mengenali kami ya allah
Ya allah ya tuhan kami,terimalah ibadah kami yang sedikit ini ya allah,terimalah ibadah kami yang tak sempurna ini ya allah
Ya allah ya tuhan kami,mala mini kau kumpulkan kami disini ya allah ,kau kumpulkanlah kami dalam syurga mu ya allah
Ya allah ya tuhan kami ,sikitnya amalan kami pada mu ya allah,banyaknya dosa kami padamu ya allah,jauhnya kami pada syurgamu ya allah dan rasa dekatnya kami pada nerakamu ya allah 

Ya allah ya tuhan kami,sesungguhnya rahmatmu mengatasi kemurkaanmu ya allah, kami amat2 mengharapkan rahmatmu ya allah,kami amat takut akan azab neraka mu ya allah
Ya allah sebagaimana engkau mengetahui bhw ajal kami bertambah hampir utk berjumpa dgnmu ya allah ,maka berkatilah baki2 umur kami dengan mntaati perintah2 mu ya allah dan setelah kami meninggal dunia ya allah,tinggalkanlah kami zuriat  yang soleh, anak-anak yang berbakti padamu dan mentaati perintahmu ya allah, kurniakan kpd kami anak2 yang sering mendoakan kesejahteraan kami ya allah


Selasa, 10 Januari 2012

Rahmat Allah

Salam Ukhuwwah

Rahmat Allah setiap hari sebanyak 120 di Masjidil Haram.
Tawaf - 60
Solat - 40
Melihat Kaabah - 20

Solat sekali di Masjidil Haram, pahalanya sama dengan 55 tahun 6 bulan 22 hari
Jika solat sehari semalam, pahalanya sama dengan 277 tahun 9 bulan 10 hari.

KITA SERING TERLUPA

Salam Ukhuwwah

Perkara Yang Menghairankan

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa
dia akan mati, tetapi masih ketawa.

Aku hairan melihat orang yang sudah
tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut
takdir,tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan,tetapi masih
sibuk mengumpulkan harta.

Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih
mahu mematuhinya..

Sumber: Mukhtasar Minhajul qasidin

FIKIRKAN SEBELUM BERBUAT SESUATU

Salam Ukhuwwah

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang
seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak
punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya
apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,Fikirkan tentang
seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan
tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang
seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam
kesusahan,Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih
hidup !

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)

sumber:dari blog dirihamba.blogspot.com

Sabtu, 7 Januari 2012

DI MANA ALLAH?

Salam Ukhuwwah:02Dis

Mengapa manusia melakukan kejahatan? Para ulama memberi tiga sebab yang utama – pertama, tidak yakin kepada Allah. Kedua, tidak yakin akan adanya Hari Akhirat dan ketiga, kerana terlalu cinta kepada diri lalu mengabaikan orang lain.

Soalannya, mengapa orang Islam pun masih melakukan kejahatan? Ya, kerana kita hanya percaya kepada ketiga-tiga perkara di atas tetapi tidak yakin. Kalau ditanyakan apa bezanya antara percaya dan yakin? Terlalu jauh bezanya. Percaya itu di akal, dimiliki oleh pemikiran dengan belajar.

Manakala yakin itu di hati, dimiliki dengan tarbiah dan mujahadah. Sebab pertama dan kedua dinamakan Iman – yakin kepada Allah dan Hari Akhirat. Kedua sebab itu menumbuhkan sebab yang ketiga yakni ukhwah atau persaudaraan (kasih sayang). Dengan iman kepada Allah, terbentuklah kasih sayang sesama manusia. Jika ditanya, siapakah manusia yang paling kasih kepada manusia lain? Jawabnya, mudah. Siapa yang paling kasih kepada Allah maka dialah yang paling kasih kepada manusia.

Mengapa begitu? Kerana jika kita ingin mengasihi Allah, Allah letakkan syarat agar kita mengasihi hambaNya. Allah minta manusia yang hendak mengasihiNya menjadi saluran untuk Dia mengasihi hamba-hambaNya yang lain. Kita mesti menjadi saluran Allah untuk menyalurkan ilmu, rezeki, kasih, sayang, keadilanNya kepada manusia. Jadi, jika kenyataan ini dipandang dari sisi yang lain, kita boleh tegaskan begini: Hanya orang yang hatinya benar-benar yakin kepada Allah sahaja boleh menabur kebaikan dengan seikhlas-ikhlasnya kepada manusia lain. Jika ada manusia yang ingin menaburkan jasa dan kebaikan kepada manusia, tetapi tidak nampak sedikitpun keseriusannya untuk mendekati Allah, maka hubaya-hubaya (berhati-hati), besar kemungkinan dia hanya berpura-pura.

Boleh jadi dia memberi untuk mendapat pulangan yang lebih besar lagi! Betapa ramai manusia yang mendabik dada ingin membuat kebaikan kepada manusia lain tetapi mengabaikan hubungannya dengan Allah. Mungkin sama ramainya dengan manusia yang mendakwa hubungannya sangat akrab dengan Allah tetapi meminggirkan hubungan sesama manusia.

Inilah yang telah menimbulkan golongan manusia yang gila kuasa, cinta kedudukan, dan obsesi ekonomi… kononnya untuk meneruskan legasi jasa kepada orang lain. Jangan kita lupa ‘yakin kepada Allah’ adalah kunci kepada segala kebaikan dan kejujuran. Dan jangan kita lupa pula ‘cinta kepada dunia’ itu kepala kepada segala kejahatan. Jika Allah dipinggirkan dalam diri, keluarga, masyarakat, pertubuhan, negeri atau sesebuah negara, maka jangan sekali-kali kita percaya dakwaan diri itu, keluarga itu, keluarga, pertubuhan, negeri atau negara itu untuk berjasa kepada manusia!

Seruan untuk mendekatkan diri kepada Allah, mengamalkan syariat dan akhlak Islamiah mesti mendominasi seruan-seruan yang lain. Dasar dakwah Islamiah adalah mengajak orang ramai merdeka daripada penghambaan sesama manusia untuk bebas menghambakan diri kepada Allah. Menyedarkan manusia agar memburu kelapangan Hari Akhirat dengan meninggalkan kesempitan dunia – maksudnya, menggunakan nikmat dunia untuk menadapatkan kenikmatan syurga! Dan akhirnya, meninggalkan kezaliman sistem hidup buatan manusia untuk mendapat naungan keadilan sistem hidup Islam.

Di mana Allah dalam hati, keluarga, masyarakat dan pertubuhan kita? Itulah satu muhasabah untuk difikirkan jika kita benar-benar jujur untuk menabur bakti kepada manusia. Inilah jalan para rasul, nabi, sahabat-sahabat dan umumnya para salafussoleh yang telah banyak menabur bakti kepada manusia lain. Merekalah individu yang rapat dengan ummah untuk mengetahui apa masalah mereka dan akrab dengan Allah untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah itu! Marilah kita imbau enekdot-enekdot dalam lipatan sejarah untuk mengetahui betapa roh tauhid itulah yang menjadi obor kepada perjuangan mereka untuk menabur bakti kepada manusia lain… Mereka adalah insan yang berbakti kepada manusia lalu dikurniakan kuasa, bukan menjadikan kuasa sebagai syarat untuk menabur jasa.

Allah jualah yang memberi kuasa dan menarik kuasa kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Marilah kita renungi sama-sama renungi apa yang pernah saya tuliskan dalam buku: DI MANA DIA DI HATIKU?Semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka… Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.

Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.

Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.

Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!

Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?Muhasabah ini melebar lagi…

Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini.

Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin.

oleh: ustaz mohd pahrol juoi
moga Allah sentiasa merahmati ke atas ustaz

Asalkan Hatinya Baik

Salam Ukhuwwah...

ASALKAN HATINYA BAIK?
11 Nov:

Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam.“Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, “ tegasnya.“Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat,” tambahnya lagi.

Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman. Namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas – aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbabas.“Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?” tanya saya lembut.“Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.”“Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?” jolok saya melayan pola logiknya berfikir.“Er, er, bukan begitu.

Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak.”“Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?” kilas saya tiba-tiba.“Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut…”“Itu sahaja?”“Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?”“Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.”“Mengapa?”“Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran… ia suatu yang objektif dan mutlak, ” akui saya terus-terang.“Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!”Saya cuba senyum lantas berkata,” akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Itu kan lebih tepat… Ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas.”

“Jadi akal kita untuk apa?” desaknya lagi.“Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana melaksanakannya dalam kehidupan.”“Ertinya akal kita terikat?”“Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat berpusing ini… tetapi tetap pada paksinya.”“Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?”“Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang ghaib, tidak akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar misalnya, wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. Itulah iman.”“Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?”“Separuh betul,” jawab saya.”Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut yang lain. Dia ‘tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al Quran.”Anak muda di hadapan saya muram.

Nampaknya dia belum berpuas hati.“Tetapi dia jujur, amanah…”“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah.”Anak muda di hadapan saya masih tidak puas hati. Perlahan-lahan saya tusuk dengan hujah yang memujuk, “namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.”“Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?”“Masih merujuk kepada Al Hadis.”“Hadis yang mana?”“Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah memberi minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.” “Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?”

“Secara tidak langsung itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita solehah.”“Maksud ustaz?”“Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.”“Oh, begitu. Kenapa ya?”“Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik, lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.”“Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk?”“Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.”“Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar tuntutan fesyen dan trend?”“Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak.

Soal hati hak Allah…”“Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…”“Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.”“Mengapa?”“Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah.”“Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian berubah kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja.”“Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. Sebaliknya, yang menutup aurat… secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot.”

“Siapa wanita yang paling baik?” tiba-tiba anak muda di hadapan saya bertanya sambil merenung muka saya. Serius dan tajam renungannya.“Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w.” jawab saya pasti.“Bagaimana pakaian mereka?”“Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik. ”Kali ini dia pula terdiam. Melihatnya begitu saya terus mengasak, “kalaulah hati yang baik sahaja jadi pernilaian Allah, tentulah isteri-isteri dan anak-anak perempuan Rasulullah tidak perlu menutup aurat. Hati mereka sudah baik. Namun tidak begitu, hati yang baik bukan alasan untuk mendedahkan aurat.”“Wanita yang baik mesti menutup aurat?”“Ya.”“”Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?”“Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat.”

“Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?”“Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik.”“Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit.”“Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak… itu sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!”“Jadi apa kita nak kata tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?”

Sekali lagi dia mengajukan soalan yang sama.“Wallahua’lam. Boleh jadi mereka juga sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka… yang lama kelamaan jika tidak diatasi akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat!”Dia senyum. Alhamdulillah.“Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang…”“Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya?”Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh saya. Saya simpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar dari pengalamannya… insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!


oleh: ustaz Mohd Pahrol Juoi
(Moga ustaz sentiasa di beri sihat dan boleh terus berdakwah...barakallahu fiik.