Salam Ukhuwwah
Analisa Peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w.
Sekilas Pandang
Peristiwa Hijrah Rasulullah s.aw. dari Mekah ke Madinah amat signifikan kepada masyarakat Islam hari ini. Walaupun perjalanan peristiwa Hijrah amat merbahaya, namun ia adalah penentu kepada survival umat Islam. Terdapat beberapa perkara yang boleh dibuat analisa supaya umat Islam kini dapat mengambil pengajaran dan hikmah (wisdom) dari peristiwa besar ini.
1. Memahami misi dan visi
Menyedari dan memahami misi dan visi juga boleh diertikan mendahulukan yang lebih utama dari yang utama. Kota Mekah cukup sentimental dan mempunyai nilai nostalgia yang amat besar kepada umat Islam, apatah lagi kepada Rasulullah s.a.w. Ia adalah tempat baginda dan anak-anaknya dilahirkan, selain menjadi tempat ibadah utama kerana di situ terletaknya Ka'abah. Pastinya sebahagian para jemaah Haji berasa amat berat untuk meninggalkan kota Mekah yang memiliki begitu banyak kelebihan berbanding tempat-tempat yang lain.

Bayangkan pahala satu waktu solat di
Masjidil Haram menyamai 100,000 kali di tempat yang lain!! (sekadar satu
contoh). Namun, umat Islam diseru untuk sanggup meninggalkan kota suci ini.
Para jemaah Haji dijelaskan bahawa terdapat misi dan visi yang besar bagi
mereka terutamanya bagi menegakkan agama Islam di tanahair masing-masing.
Sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. suatu ketika dulu berasa berat untuk
meninggalkan Kota Mekah yang tercinta. Dikatakan, ketika bergerak meninggalkan
Kota Mekah, baginda telah berpaling untuk kali terakhir dengan penuh perasaan
kerinduan dan kasih sayang kepada tanah kelahiran dan kota suci umat Islam ini.
Namun, semuanya ditinggalkan bagi menjayakan peristiwa Hijrah. Jelasnya, umat
Islam mestilah mampu untuk mengalahkan emosi dan sentimental value bagi menjayakan
apa sahaja misi dan visi mereka.
2. Memahami secara realistik dan menyiapkan latihan
Rasulullah s.a.w. memahami secara realistik situasi kota Mekah yang tidak dapat dijadikan sebagai tapak pembangunan negara Islam. Baginda tidak ada pilihan yang lain selain dari berhijrah. Sebelum berlaku peristiwa Hijrah ke Madinah, baginda telah menyiapkan diri umat Islam tentang idea penghijrahan ini. Hijrah pertama ke Habsyah bukan sahaja bagi mendapatkan perlindungan dari Raja Najashi, namun ia dilihat sebagai suatu latihan dan persiapan awal.

Ini untuk
memahami kemampuan umat Islam dan menyiapkan mereka bagi melakukan Hijrah yang
lebih besar iaitu ke Madinah. Oleh itu, umat Islam mestilah membuat perkiraan
secara jujur, benar dan realistik serta menyiapkan diri dengan latihan yang
secukupnya.
3. Merancang kerja secara strategik
Rasulullah s.a.w. telah merangka strategi yang amat berkesan bagi menjayakan peristiwa Hijrah ke Madinah. Antaranya ialah dengan mengadakan hubungan awal dengan masyarakat Madinah iaitu dengan menghantar utusan bernama Mas'ab bin Amir. Baginda juga telah mengadakan bay'ah (sumpah setia) dengan wakil masyarakat Madinah yang berkunjung ke Kota Mekah.

Rasulullah s.a.w. juga telah membahagikan dua
kumpulan utama iaitu golongan Muhajirin dan Ansar yang mempunyai peranan yang
tersendiri dalam menjayakan misi Hijrah. Masing-masing telah dilengkapkan
dengan motivasi kerja yang cukup tinggi sehingga mereka sanggup meninggalkan
harta, keluarga dan apa sahaja. Mereka juga sanggup mengorbankan apa yang
mereka pernah miliki.
Namun, Rasulullah s.a.w. bukan sahaja menyiapkan modal
insan tetapi juga modal kewangan kerana misi Hijrah tidak boleh berjaya tanpa
adanya sumber dana yang mencukupi. Sebagai contoh, saidina Abu Bakr al-Siddiqi
telah mendermakan seluruh hartanya dalam menjayakan misi Hijrah. Jelasnya,
perancangan dan persiapan rapi dari segi modal insan, material dan gerak kerja
yang tersusun rapi adalah resipi kejayaan sesuatu misi.
4. Pembahagian Tugas dan Pemain Utama Peristiwa Hijrah
Apa yang agak menarik dalam peristiwa ini ialah pemain-pemain utama dalam peristiwa ini adalah insan terpilih. Mungkin pada hari ini ia disebut sebagai pemberdayaan atau empowerment. Mereka yang terpilih ini telah melaksanakan tugas yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. dengan cekap, bersemangat atas rasa kecintaan dan keimanan yang cukup hebat. Pemain utama peristiwa Hijrah selain dari Rasulullah s.a.w. adalah:
a) Abu Bakr al-Siddiq r.a.
b) Ali bin Abi Talib k.w.
c) Abdullah bin Abu Bakr r.a.
d) Asma' bint Abu Bakr r.a.
e) Amir bin Fuhayrah r.a. dan
f) Abdullah bin Urayqat.
Kebetulan pula ejaan semua nama mereka adalah bermula dari huruf A (mengikut ejaan Romanise) mungkin boleh menjelaskan kehebatan yang dimiliki oleh mereka! Namun yang pasti mereka adalah yang terbaik dan telah melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sempurna dan layak diberikan markah A (seumpama nama mereka bermula dengan A!)
a) Bermula dengan Abu Bakr al-Siddiq r.a., beliau adalah sebagai teman dalam perjalanan. Beliau merupakan sahabat yang paling rapat, yang paling "senior" dan juga paling tenang dalam menghadapi sitausi yang amat mencabar.
b) Ali bin Abi Talib k.w. pula diberi peranan untuk mengelirukan musuh dengan tidur di kamar Rasulullah s.a.w. Sebagai ahli keluarga yang rapat kehadiran Ali tidak disyaki oleh musuh dan berjaya memperdayakan musuh sehingga Rasulullah s.a.w berjaya keluar dengan selamat dari rumah tanpa disedari.
c) Abdullah bin Abu Bakr r.a. pula ditugaskan untuk mendapatkan maklumat terkini dan melaporkannya kepada Rasulullah s.a.w.
d) Asma' bint Abu Bakr r.a. pula berperanan untuk menyediakan makanan semasa Rasulullah s.a.w. dan bapanya bersembunyi dalam gua Thawr.
e) Amir bin Fuhayrah r.a. pula berperanan untuk menghilangkan jejak-jejak kaki Abdullah dan Asma' bint Abu Bakr yang berulang alik di sekitar tempat persembunyian Rasulullah s.a.w.
f) Manakala Abdullah bin Urayqat pula diberikan tugas sebagai penunjuk jalan ke Madinah. Walaupun bukan beragama Islam, namun kepakarannya mengenai seluk beluk jalan ke Madinah menyebabkan beliau dipilih. Oleh kerana beliau masih seagama dengan kaum Quraysh, ia dapat menghindari kecurigaan di kalangan pemuka Qurayh yang sedang memburu baginda. Oleh itu, pejuang Quraysh pasti tidak menyangka kerana Abdullah bin Urayqat adalah "orang mereka".
5. Keimanan yang tidak berbelah bagi
Keimanan kepada Allah dan Rasul adalah kunci utama kejayaan misi Hijrah. Iman adalah suatu yang bersifat abstrak. Namun, tindakan seseorang adalah manifestasi kepada keimanan mereka. Oleh itu benarlah sabda baginda, "Tiada iman (atau tidak sempurna iman) bagi mereka yang tiada sifat amanah" (Maksud Hadith). Begitu juga, "Seorang yang hendak berzina, tidak akan berzina jika dia beriman kepada Allah" (Maksud Hadith).

Jelasnya, iman bukanlah suatu angan-angan atau perhiasan, tetapi ia
adalah keazaman yang tinggi dan dibenarkan dengan tindakan yang tercetus dari
keimanan. Jelasnya seandainya seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah,
pastinya dia tidak akan melakukan perbuatan pecah amanah, mencuri atau berzina.
Begitu juga dalam peristiwa Hijrah, jelas menunjukkan keimanan kepada Allah dan
Rasul di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. Malah sebelum berlaku
peristiwa Hijrah, kisah Sumayyah dan Bilal jelas menunjukkan bukti keimanan
yang tidak berbelah bagi.
Seterusnya, keberanian Ali bin Abi Talib untuk tidur
di kamar Rasulullah, sifat dermawan dan kesetiaan Abu Bakar untuk mendermakan
seluruh hartanya, dan gerakkerja semua para sahabat baginda yang lain adalah
cetusan dari keimanan mereka. Oleh itu, seharusnya umat Islam pada masa
sekarang menghayati peristiwa Hijrah dan mengukur kembali tahap iman mereka
dengan tindakan yang telah mereka lakukan. Bersempena dengan kedatangan tahun
baru 1429H nanti, seharusnya kita dapat membetulkan kembali segala tindakan dan
memastikan ia lahir dari cetusan dari keimanan kepada Allah dan Rasul.
Kesimpulan
Peristiwa
Hijrah bukan sahaja berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w. tetapi juga kepada Nabi
dan Rasul yang lain. Contohnya, Nabi Yaaqub a.s. telah berhijrah dari bumi Iraq
untuk menghindari ancaman hasad dengki saudaranya. Nabi Ibrahim a.s. pula telah
berhijrah ke Babil di Iraq dan kemudian ke Mekah sebagai menyahut perintah
Allah. Nabi Luth a.s. pula pernah berhijrah ke negeri Syam dan kemudian menetap
di Nablus.
Manakala Nabi Musa a.s. pernah berhijrah meninggalkan Mesir kerana
ancaman dari Firaun. Dalam konteks hari ini, penghijrahan bermaksud melakukan
perubahan terhadap diri atau disebut anjakan paradigma iaitu berubah dari keadaan yang buruk kepada yang
baik dan daripada keadaan yang baik kepada yang lebih baik. Berbekalkan
peristiwa Hijrah, umat Islam seharusnya mengambil teladan untuk melakukan
penghijrahan dalam kehidupan mereka. Ini sebagaimana maksud firman Allah swt
dalam surah al-Ra'd ayat 15 "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib
sesuatu kaum, sehingga mereka merubah keadaan diri mereka sendiri". Oleh
itu, tepuk dada, tanyalah iman.
mohon share..jazakallahu khir..
BalasPadam