INDUSTRI BERBILION RINGGIT MENANTI PENGLIBATAN ANDA...HANYA GUNA PREPAID

Isnin, 2 Januari 2012

4 Isteri Tapi Jagalah Yang Pertama

4 Isteri, tapi jagalah yang pertama..... Kenapa yer?
Posted on Thursday, June 04 @ 23:30:00 PDT by TokPenghulu

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat
orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan
kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di
antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan
yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga
dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri
ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang
kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat
menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian.
Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu
meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia
selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah
pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan
keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha
si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun
isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak
begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari
mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi
semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku
punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri.
Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai
bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai,
kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati,
mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya
terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan
pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat
menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris
hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri
ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku
akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir
hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di
sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul
dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu
berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu
membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah
kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan,
"Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh
menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah
buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini
berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal
denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan
meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh
ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu.

Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang
kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja
aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan
kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan
belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan
gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal.
Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat
kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan
berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa
pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita
selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita.
Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan
kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah
yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.
Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan
bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!
"

*Semoga Allah merahmati kepada penulis asal artikel ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan