INDUSTRI BERBILION RINGGIT MENANTI PENGLIBATAN ANDA...HANYA GUNA PREPAID

Selasa, 30 April 2013

Senarai Tugas Syaitan
IBLIS dan syaitan adalah musuh nyata manusia. Kedua-duanya termasuk kaum jin yang dijadikan daripada api sangat panas dan tergolong dalam spesies makhluk ghaib, iaitu tidak kelihatan dengan mata kasar manusia biasa, kecuali apabila ia menjelma dalam bentuk tertentu.
Syaitan dan iblis mempunyai empayar kerajaan yang besar, malah ada pihak mendakwa nisbah seorang manusia 99 jin, manakala satu jin 99 malaikat, menunjukkan banyaknya makhluk terbabit yang mempunyai tugas masing-masing.
Antara tugas syaitan ialah:
1. Menghasut manusia untuk melakukan kejahatan. Sebab itu Allah mengingati manusia supaya berwaspada dengan hasutan terbabit.
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan menyuruh kamu berkata dusta terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui.” (al-Baqarah:168-169)
2. Menakut-nakutkan manusia. Syaitan juga bekerja menakutkan dan membimbangkan manusia, terutama berdepan persoalan rezeki, dengan hidup miskin dan susah.
“Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedangkan Allah menjanjikan kamu keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:268)
3. Menyesatkan manusia. “Tidakkah engkau melihat orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya ingkar kepada taghut itu. Dan syaitan hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.” (an-Nisa’:60)
4. Menimbulkan permusuhan sesama manusia. Cara syaitan ialah menimbulkan syak wasangka, hasad dengki dan kebencian. “Sesungguhnya syaitan itu berkehendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi…” (al-Maidah:91)
5. Melalaikan dan menghalang manusia daripada mengingati Allah. “…dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti?” (al-Maidah: 91)
6. Mencari calon penghuni neraka. “Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya dia hanya menyeru golongannya supaya menjadi penduduk Neraka.” (Fathir:6)
7. Berusaha merayu manusia supaya mencintai dan memujanya. “Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu!” (Yasin: 60)
8. Disebabkan tidak senang dengan ketenangan manusia, syaitan mengada-adakan pelbagai onar, termasuk membisikkan sesuatu ke telinga dan hati manusia.
“Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. Dari kalangan jin dan manusia.” (an-Nas: 4-6)
KULIAH RAMADHAN


Sebahagian isi kuliah:

Bersyukurlah kita pada Allah dengan nikmat Iman dan Islam yang dikecapi. Beramallah agar beroleh manafaat melalui umur yang ada, amal yang ada dan rezeki yang diterima. Banyakkanlah bersyukur kepada Allah. Jauhi dari berbuat perkara yang dilarang. Mohon dipelihara kita dari mendapat murka Allah.

Hati kita jangan dibiarkan lalai. Apabila hati lalai, maka akan menjadi tempat duduknya syaitan. Kadang kita berniat baik, tapi ada kalanya kita berniat tidak baik. Semua ini adalah lintasan. Lintasan yang baik datang dari Allah manakala lintasan yang tak baik datang dari syaitan.

Tapi sebagaimana hadis Rasulallah SAW, semua syaitan diikat di bulan Ramadhan. Jadi yang tinggal adalah nafsu yang menjadi penghalang pada kita untuk berbuat amal. Bila nafsu menjadi penghalang, kita jadi berat untuk melakukan amal, berat pada agama. Semua itu adalah dorongan sifat syaitan. Kita tetap mengaji quran, tapi mengaji dengan hati yang berat, solat juga tapi rasa berat..... maknanya kita buat ibadat tapi dalam keadaan tak bersegera.

Maka dengan itu hendaklah kita mohon pada Allah agar dikurniakan pandangan mata hati dalam kita memandang hikmah di sebalik apa yang berlaku di sekeliling kita. Pandangan mata hati tak sama dengan pandangan mata kepala. Pandangan mata kepala hanya melihat pada luaran dan pada zahirnya saja. Contoh; Bila kita tengok orang yang dah selesai dikebumi, kita pun kata..."Ohh dah selesai la semua masalah orang tu, dah meninggal pun...."

Sebaliknya berbeza pandangan dari sudut mata hati kerana bilamana kita tengok keadaan tersebut, hati akan berkata2.... "Telah bermula masalah.... jika baik InsyaAllah akan beroleh kesenangan di akhirat.... dan jika tak baik maka akan beroleh kesusahan di akhirat nanti..."

Satu lagi contoh menarik yang ustaz sebutkan.... iaitu tentang sos yang kita makan. Di dalamnya ada rasa lemak2, manis dan juga masin. Melalui pandangan mata kepala, mampukah kita cari di mana letaknya santan, gula, serta garam dalam sos tersebut? Mari sama2 kita fikirkan....



*******

Teringat saya pada kuliah dalam radio yang didengar berkaitan dengan mata hati ini. Ustaz mengajak kita merenung dengan mata hati dalam bab bersedekah. Rajin bersedekah adalah antara hikmah yang dapat diperolehi berkat dari hadirnya bulan Ramadhan. Bila kita berpuasa, Allah telah sentuh hati kita untuk turut merasakan kesusahan orang2 miskin. Contoh: Macam kita, untuk juadah nak berbuka hari ini dah boleh rancang dari pagi lagi nak makan apa, minum air apa dsb. Sebaliknya tidak bagi orang miskin. Orang2 yang susah tidak ada plan tentang apa yang akan mereka makan dan minum. Orang yang benar2 susah bukan baru susah setakat sehari dua, sebulan dua tetapi mereka dah berada dalam keperitan bertahun-tahun.

Maka, jika kita dapat memandang perkara ini dengan mata hati, kita akan jadi amat bermurah hati untuk lebihkan bersedekah di bulan puasa ini..Kita akan mengeluarkan sedekah dengan penuh rasa kasih sayang terhadap orang2 yang susah dan memerlukan bantuan.

*******

.....Berbalik pada isi kuliah subuh, ustaz tegas mengingatkan....
Manafaatkanlah kelebihan berfikir yang Allah kurniakan kepada kita. Kelebihan orang yang berakal, dia akan dapat:
  1. Berfikir pada kejadian. Sesiapa yang berfikir tentang kejadian Allah, InsyaAllah dapat petunjuk dari Allah Taala. Bila kita pandang, kita fikir, hasilnya ilmu. Contoh: Pergi ke laut kita nampak Allah, tengok ke langit, kita nampak Allah. Jika ini berlaku, nescaya dapat tinggikan tauhid kita kepada Allah SWT.
  2. Berfikir tentang hampirnya kita pada mati/ajal. Bila berfikiran demikian, niscaya
  • akan putus lah cita-cita untuk berlebih2 dalam dunia. Cita2 untuk sentiasa muda akan putus, cita2 untuk banyak berehat juga putus.
  • akan segera bertaubat
  • akan rajin beramal soleh
3. Berfikir akan akhirat....
MATLAMAT PUASA RAMADHAN

Tuan iman, penghulu, muslimin, muslimat, hadirin hadirat yang saya kasihi sekalian. Terima kasih tuan imam dan hadirin sekalian atas peluang yang diberikan ini. Sesungguhnya tujuan saya bercakap pada pagi yang harmoni ini adalah untuk tazkirahkan diri saya sendiri sebenarnya. Kemudian kalau ada yang boleh dikongsikan oleh tuan-tuan, maka sama-samalah kita mengamabil manfaat daripadanya. Oleh itu, sekiranya ada terkasar bahasa, saya terlebih dahulu mohon ampun dan maaf. Sesungguhnya saya inginkan, hanyalah yang baik-baik belaka. InsyaAllah.
Pertamanya marilah kita merafa’kan syukur ke hadrat Allah kerana masih memberi peluang kita berada di sini dan pada Ramadhan kali ini. Maka dengannya dapatlah kita menambah bekalan persiapan menuju hari akhir. Sesungguhnya, kalau kita perhatikan, mungkin ada dalam kalangan kita, yang sebelum ini ada bersama-sama kita, tetapi mereka lebih dahulu dijemput oleh Allah.
Mungkin mereka ibu atau bapa kita, adik beradik kita, rakan karib kita, jiran kita atau siapa sahaja yang dahulunya dapat sama-sama menyambut Ramadhan dan sama-sama beribadah di dalamnya, kini mereka telah tiada. Mungkin akan tiba masanya, kita pula akan dijemput menghadap Ilahi. Tetapi, yang jelasnya, hari ini, diri saya termasuk tuan-tuan yang ada dihadapan saya ini, masih lagi diberi ruang dan peluang oleh Allah, menambah amal ibadah serta persiapan untuk dipersembahkan di hadapan al-Khalik kelak. Dan sebaik-baik persiapan kata Allah, adalah nilai taqwa.
Bersempena bulan Ramadhan yang Allah fardhukan ke atas diri kita berpuasa ini, marilah sama-sama kita semak kembali apakah matlamat daripada puasa ramadhan itu sendiri? Kerana setiap perkara, kita perhatikan ada bersamanya matlamat yang jelas. Apa sahaja yang kita lakukan, mestilah ada matlamat agar kita tahu apa yang hendak dicapai. Dan bagaimana mengusahakannya. Serta untuk motivasi juga.
Sebuah syarikat, ada matlamatnya, begitu juga pejabat kerajaan, pegawai kerajaan dan sesiapa sahaja, mereka semua ada matlamat di dalam melakukan sesuatu. Jika ia sebuah syarikat, maka matlamatnya sudah tentulah agar syarikat mereka maju, berkembang pesat, mendapat untung yang banyak, memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat dan sebagainya. Begitu juga kalau ia seorang guru, seorang pegawai kerajaan, sudah tentu ada matlamat. sebagai contoh untuk berkhidmat kepada masyarakat dan berbakti kepada negara. Agama dan bangsa.
Biasa jika seseorang pergi melapor diri untuk bekerja. Maka majikan akan ingatkan mereka terlebih dahulu, tentang matlamat pekerjaannya itu. Pekerja itu sendiri pun hendaklah sanggup dan bersedia berusaha bersama-sama dengan majikan dan para pekerja lain demi merealisasikan matlamat syarikat mereka. Pengantin baru juga, pada malam pertama, biasanya mereka membentangkan matlamat membina rumahtangga itu. Si suami menyatakan itu dan ini dibantu (lengkapkan) pula oleh si isteri. Agar matlamat menjadi jelas dan mudah diusahakan agar ia menjadi kenyataan.
Begitu juga halnya dengan puasa. Kalau manusia pandai tentukan matlamat yang hendak dicapai, maka Allah juga telah gariskan matlamat untuk mereka. Tak perlu susah-susah mereka fikirkan. Dalam ayat 183 surah al-Baqarrah, telah jelas Allah berfirman (mafhumnya): Wahai orang-orang beriman, telah ditentukan (diwajibkan) ke atas kamu berpuasa sepertimana telah ditentukan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu mencapai (nilai) taqwa.
Daripada ayat ini, ada beberapa perkara yang boleh kita perhatikan. Pertamanya, matlamat puasa ramadhan yang jelas iaitu agar manusia berpuasa itu memperolehi nilai ketaqwaan. Taqwa merupakan suatu nilai perlu bagi manusia. Nilai taqwa berupaya menjadikan seseorang taat dan patuh segala suruhan dan larangan Allah. Nilai ini perlu diuar-uarkan kepada manusia sekerap yang mungkin agar mereka tidak lupa. Sehinggakan setiap kali khatib berkhutbah, pesanan kepada taqwa telah menjadi rukunnya. Sekiranya seorang khatib terlupa memesan taqwa ini, maka khutbahnya menjadi tidak sah.
Dan di sini, melalui ayat ini, Allah sebut sekali lagi bahawa, matlamat daripada kamu berpuasa adalah untuk mencapai taqwa. Oleh yang demikian, sepatutnya kita sedar. Kerana sebagai manusia biasa, kita akan mudah ingat dan mudah peka sekiranya sesuatu itu diulang-ulang sentiasa. Setiap hari jumaat diulang-ulanginya, baca ayat seruan puasa pula, telah nyata sekali lagi pesannya. Agar menjadikan matlamat berpuasa itu adalah taqwa.
Apabila seseorang sedar akan kepentingan taqwa, yang Allah SWT ungkapkan sebagai sebaik-baik bekalan ke hari akhirat (pada ayat al-Quran yang lain) itu, maka ia akan bertanya-tanyakan apakah nilai taqwa itu? Bagaimana cara mendapat dan memiliki nilai itu? Apakah ciri-ciri orang yang bertaqwa? dan pelbagai persoalan yang akan menjadikan mereka faham serta menjadikan mereka orang-orang yang praktikal taqwa. Bukan sekadar teori dan matlamat yang hanya menghiasi dinding-dinding pejabat sahaja, malah terpahat teguh di dalam hati serta digilap dan diasah setiap hari agar matlamat tersebut semakin hari semakin jelas, semakin hari semakin mulia dan tinggi nilainya.
Apakah nilai taqwa? Secara ringkasnya sebagaimana yang saya sebutkan tadi, taqwa adalah taat dan patuh segala arahan dan larangan Allah. Ianya boleh diterjemahkan atau boleh ditafsirkan, dihuraikan melalui pelbagai cara. Sebagai contoh, seorang khatib yang berpesan (taqwa) kepada para ahli jemaah apabila memulakan khutbah, selepas itu beliau akan bercakap pula berkenaan dengan kasih sayang, sifat-sifat mulia seperti sabar, menghuraikan tentang pengharaman judi, riba dan sebagainya. Itu merupakan syarah, atau tafsiran, atau pendetailan kepada nilai taqwa itu sendiri. Maka setiap tajuk khutbah dan segala isi-isinya itu adalah penjelasan kepada nilai taqwa yang ingin dicapai itu.
Sebagai contoh yang lain, dalam bulan ramadhan ini, sekiranya seseorang bercakap tentang keihklasan mereka berpuasa. Tingkatan dan darjat puasa yang berbeza-beza. Ada puasa orang awam, ada puasa tingkatan khusus dan ada pula tingkatan khususul khusus. Itu juga merupakan penjelasan terperinci tentang taqwa. Sekiranya anda melihat kepada sifat menahan diri pada bulan puasa, yang bukan sahaja terhad kepada menahan diri daripada makan dan minum sahaja, bahkan jauh daripada itu, menahan diri daripada segala kemahuan nafsu seperti mengata orang, melakukan muamalah riba dengan menyimpan di bank-bank riba, mengambil hiburan yang melalaikan, melihat aurat orang lain, melakukan rasuah, pecah amanah dan sebagainya yang dilarang dalam agama, maka itulah nilai taqwa yang hendak dicapai.
Sebab itulah secara ringkasnya, taqwa ini diertikan sebagai, melakukan setiap suruhan Allah dengan penuh keihklasan, serta meninggalkan larangan Allah dengan ikhlas juga. Diringkaskan lagi dengan ayat: melakukan taat dan meninggalkan maksiat. Maka apa sahaja yang menjurus kepada itu, ia adalah taqwa. Dan perkara ini tidak akan datang bergolek ke pintu rumah kita. Ia perlu dipelajari. Dituntut dan dicari. Sebab itu, kita tidak boleh rasakan bahawa ilmu kita ini telah lengkap. Kita perlu menjadi penuntut ilmu sampai bila-bila, samada secara rasmi (seperti belajar di universiti) atau tidak rasmi seperti di masjid dan surau ini, dan sebagainya. Hari ini, saluran untuk menambah ilmu agama memang luas dan banyak. Terpulang kepada kita untuk mengikutinya.
Jadi sekadar itu dahulu untuk sesi kali ini, insyaAllah panjang umur kita akan sambung bicara lagi. Dengan itu, saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa sepanjang sesi tazkirah ringkas ini. Sekali lagi terima kasih kepada tuan imam kerana sudi memberi laluan untuk saya pada pagi ini. Aqulu qauli haza, wa astaghfirullaha li wa lakum ajmain, walhamdulillahi rabbil alamin. Wallahu aklam, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
MUFLIS Pada Hari Akhirat!!!

Oleh: al-bahanj

"Sungguh dahsyat perbuatan TUDUH-MENUDUH dan FITNAH-MENFITNAH musim-musim pilihanraya begini. Hadith di dalam tulisan ini memberikan khabar ancaman buat orang/pihak yang selalu menuduh dan menfitnah. Dan memberikan berita kelegaan dan kegembiraan buatmangsa tuduh dan fitnah. Silalah baca untuk ambil manfaat:



Tiada pembalasan dan pembelaan yang paling agung melainkan pembalasan dan pembelaan pada Hari Akhirat.

Di dunia, barangkali seseorang yang zalim itu boleh terlepas dari hukuman kezalimannya. Dan barangkali seseorang yang dizalimi tidak bisa mendapat pembelaan yang sewajarnya ketika di dunia. Tetapi, di Akhirat awas bagi para penzalim. Di sana pembalasan pasti tiba dengan dahsyatnya. Dan senyumlah wahai orang-orang yang kena zalim. Kerana di sana kalian bakal mendapat pembelaan seadil-adilnya.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah bersabda:

أتدرون ما المفلِسُ ؟ قالوا : المفلِسُ فينا من لا درهمَ له ولا متاعَ . فقال : إنَّ المفلسَ من أمَّتي ، يأتي يومَ القيامةِ بصلاةٍ وصيامٍ وزكاةٍ ، ويأتي قد شتم هذا ، وقذف هذا ، وأكل مالَ هذا ، وسفك دمَ هذا ، وضرب هذا . فيُعطَى هذا من حسناتِه وهذا من حسناتِه . فإن فَنِيَتْ حسناتُه ، قبل أن يقضيَ ما عليه ، أخذ من خطاياهم فطُرِحت عليه . ثمَّ طُرِح في النَّارِ
Yang lebih kurang maksudnya:
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?”
Para sahabat menjawab: “Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak mempunyai wang atau pun harta benda.”
Lalu Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada Hari Kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina orang, menuduh orang, memakan harta orang lain, membunuh dan memukul orang. Lalu diberi segala pahala amal-amalnya itu kepada orang yang pernah dia zalimi ketika di dunia. Jika telah habis pahalanya sebelum dapat dibayar kepada orang yang dizaliminya, maka dosa-dosa orang-orang yang dizaliminya tersebut akan dilemparkan kepadanya pula, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam Api Neraka!”
(Hadith Riwayat Muslim)




Berita Gerun Buat Si Zalim
Apabila membaca hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam di atas, hati kita bisa didatangi dua perasaan. Pertama, takut dan gementar kalau-kalau ada perbuatan zalim kita kepada orang lain masih belum diampuni atau selesaikan di dunia ini.

Ya, perasaan itulah yang mula-mula menyinggah ke dalam hati kita. Walau mungkin banyak amal di dunia, tetapi pahala-pahala amal tersebut bisa diserahkan buat orang yang pernah kita hina, tuduh, curi, rompak, bunuh, pukul dan seumpamanya. Itu jika banyak. Bagaimana jika amal kita sedikit?

Jika pahala amal tidak mencukupi, bahkan dosa-dosa orang yang pernah kita zalimi itu bakal dibebankan ke atas diri kita pula. Na`udzu billahi min dzalik.

Hadith di atas cukup menginsafkan kita betapa kita mesti menjaga diri dari menzalimi orang lain samada secara sengaja atau tidak sengaja. Jika menyedari bahawa kita pernah menzalimi orang lain, maka tiada cara lain melainkan segera bertaubat, minta ampun kepada orang yang pernah kita zalimi dan selesaikan ketika masih hidup di dunia. Jika tidak, kedahsyatan bakal menemui kita pada Hari Akhirat nanti.
 
Berita Gembira Buat Mangsa Hina, Tuduh, Curi, Rompak, Bunuh & Pukul
Dan perasaan yang kedua yang bisa hadir ke dalam hati kita selepas membaca hadith di atas ialah hati ini bisa berasa tenang dan redha akan kezaliman yang kini menimpa diri ketika di dunia. Kerana percaya bahawa pasti akan ada pembelaan dan keberuntungan buat diri yang sabar dengan musibah dan kesusahan yang menimpa.

Hadith di atas boleh menjadi berita gembira buat kita yang barangkali kini sedang dizalimi. Cubalah untuk senyum dan bayangkan pahala-pahala amal orang yang mencaci kita, menuduh kita, menfitnah kita, mengumpat kita atau melakukan lain-lain perbuatan zalim bakal diserahkan kepada kita lalu memberatkan lagi timbangan kebaikan kita. ALLAHU AKBAR! Dan malahan dosa-dosa kita barangkali bisa dipikul pula oleh orang-orang yang pernah berbuat jahat kepada kita ketika di dunia.

Rasa takut dan harap sentiasa bermanfaat buat para mukmin. Apabila dia membaca ayat-ayat ancaman, hatinya menjadi takut lalu hatinya menjadi dekat kepada ALLAH. Apabila dia membaca ayat-ayat yang menggembirakan, hatinya menjadi harap kepada rahmat ALLAH lalu mendekatkan juga dirinya kepada ALLAH.

Semoga hidayah dan taufiq ALLAH sentiasa membimbing kita menjalani kehidupan yang sementara ini, amin…

Sistem Universiti Ramadan
 
Sistem madrasah Ramadan dan hadiah –hadiah lumayan. Antara amalan-amalan yang dianjurkan oleh kita ialah:
1.Bersolat secara berjemaah
2.Membaca al quran yang penuh keberkatan
3. Berusaha melakukan amalan yang berfaedah
4. Mengambil berat hal ehwal masyarakat melalui amalan yang soleh
5. Menafkahkan harta-harta yang halal yang Allah berikan kepada mereka
6. Beribadah malam hari dengan mengerjakan solat terwikh dan menghidupkan malam Qadr
7. Mengeluarkan zakat fitrah
8. Menghubungkan silaturrahim
9. Berdo’a kebaikan untuk diri sendiri, pasangannya, ibubapa, dan orang-orang mukmin

Pada setiap 10 hari dalam bulan Ramadan ada jadual dan perjanjian tamatnya setiap peringkat
daripada beberapa peringkat ujian, dan pada setiap peringkat diumumkan keputusan-keputusannya:-

1.Pada sepuluh hari pertama bulan Ramadan, diserahkan sijil rahmah
2. Pada pertengahannya iaitu sepertiga yang kedua diserahkan sijil maghfirah
3. Pada akhirnya, iaitu sepertiga yang ketiga diserahkan sebesar-besar sijil iaitu pembebasan daripada api neraka.

Rujukan:
Madrasah Ramadan, Dr. Muhammad Ali Dannawi
 
**********************************************************************************
 
Tamrin Madrasah Ramadan 1432H
Ramadan kareem!

Ibadah kedua yang diwajibkan oleh Allah SWT ialah puasa. Sebagaimana halnya solat, ibadah ini juga diwajibkan dalam syariat semua rasul-rasul yang sebelum ini.

Mengapa puasa diwajibkan?

i.Tujuan perhambaan seumur hidup kepada Allah SWT
ii.Ibadat: Latihan perhambaan
iii. Puasa adalah ibadah yang tersembunyi
iv. Puasa tanda kekuatan iman
v.Latihan terus menerus sebulan penuh
vi.Latihan kepatuhan yang lama
vii.Situasi lingkungan yang sangat menunjang untuk tadrib(latihan)

Huraian:

i. Tujuan perhambaan seumur hidup- Tujuan Islam yang sebenarnya ialah menjadikan seluruh hidup manusia beribadat kepada Allah SWT. Manusia lahir sebagai hamba kepada Tuhannya. Justeru itu manusia tidak boleh bebas sedikitpun dari ibadat, perhambaan kepada Allah SWT dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. Dalam setiap tingkah laku hidupnya, manusia perlu memeriksa jalan yang mana yang harus dilaluinya agar dapat mencapai redha Allah, dan ia juga perlu mengenalpasti jalan yang manakah yang perlu dijauhi agar tidak terkena murka dan kutukan-Nya. Pendekata, apabila seluruh hidupnya telah diwarnai dengan warna yang demikian, barulah ia dianggap telah melaksanakan kewajipan perhambaannya kepada Allah seperti yang terkandung dalam ayat:

`Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya berubudiyah kepada-Ku’
51:56

ii. Ibadat: Latihan perhambaanTujuan sebenar kewajipan2 deen seperti solat, haji, puasa dan zakat adalah untuk melatih kita menjalankan ibadah yang besar. Pekerjaan-pekerjaan tersebut adalah WAJIB. Apabila anda telah mengerjakan ruku’ dan sujud selama 5x sehari, menanggung lapar dan haus selama 30 hari di bulan Ramadan, dan bila kita kaya, telah mengeluarkan zakat dan menunaikan haji sekali seumur hidup; kita merasakan yang anda telah selesai menunaikan kewajipan anda terhadap Allah. Dan tidak juga bererti bahawa setelah melakukan itu semua lalu anda bebas dari PERHAMBAAN kepada Allah dan boleh berbuat apa sahaja yang kita suka. Walhalnya tujuan utama diwajibkan keWAJIPAN2 deen adalah untuk melatih kita dengan cara yang demikian rupa agar kelak kita mampu mengubah seluruh hidup kita menjadi suatu IBADAH yang tetap teratur kepada Allah. Marilah sekarang kita mengingati tujuan ini. Kita melihat bagaimana puasa mempersiapkan manusia untuk melaksanakan ibadah yang fulltime ini.

iii.Puasa adalah ibadah yang tersembunyiSemua kewajipan agama selain puasa dilaksanakan dengan suatu perbuatan atau gerakan lahiriyah yang tertentu, yang boleh dilihat oleh mata kasar. Misalnya dalam solat, ketika duduk, berdiri, ruku’ dan sujud, setiap orang boleh melihatnya; dalam ibadah haji, orang bermusafir jauh bersama-sama dengan puluhan ribu orang lain, orang yang lainnya dapat menyaksikannya. Apabila kita mengerjakannya, orang lain pasti akan tahu; juga bila kita tidak mengerjakannya di depan orang lain, orang pun akan tahu juga bahawa kita tidak mengerjakannya. Puasa berbeza dengan ini, kerana puasa adalah IBADAH yang tidak nampak nyata. Hanya Allah yang Maha Mengetahui yang tahu bahawa seseorang itu berpuasa atau tidak.

iv. Puasa: Tanda kekuatan imanSentiasalah disemat dalam minda kita dan renungkanlah betapa kuatnya iman orang yang berpuasa kepada Allah SWT. Apabila Seorang hamba itu benar-benar berpuasa, ia tidak akan makan dan minum apa pun secara sembunyi-sembunyi sebelum waktu berbuka. Dalam cuaca yang panas dan keras sekalipun. Atau ketika kerongkong terasa kering dan haus yang bersangatan, kita tidak akan meminum air walau sedikitpun. Lihatlah betapa kuatnya keyakinannya bahawa tak ada satupun perbuatannya yang tersembunyi dari mata Allah, walaupun kita dapat menyembunyikan dari seluruh mata dunia. Betapa hatinya dipenuhi rasa takut kepada Allah, sehingga ia mahu menghadapi bahaya mati kelaparan demi menjalankan perintah Allah, dan tidak mahu melakukan sesuatu yang dapat membatalkan puasanya! Betapa dalam keyakinannya akan pahala dan hukuman di akhirat nanti, selama 1 bulan penuh ia berpuasa, dan tidak pernah sedetikpun keraguan tentang kehidupan selepas mati memasuki hatinya. Seandainya ia ragu tentang hakikat hidup sesudah mati, di mana pahala dan hukuman akan diberikan, pasti ia tidak akan mampu menyelesaikan puasanya.

v. Latihan terus menerus sebulan penuhDengan cara ini Allah SWT menguji iman seorang Muslim selama sebulan penuh, dalam 1 tahun. Apabila ia lulus dalam ujian ini maka imannya akan menjadi lebih kuat. Jadi puasa adalah sekaligus cubaan dan latihan. Apabila anda percaya kepada seseorang, maka seolah-olah anda menguji integritinya. Bila ia terbukti lulus dalam ujiannya dan tidak mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepadanya, maka kekuatannya untuk menanggung beban amanah akan menjadi lebih kuat, dan ia akan menjadi lebih layak untuk memikul amanah. Sama halnya dengan Allah SWT, Allah menguji iman anda dengan ujian yang keras selama 1 bulan penuh, 12-14 jam dalam sehari. Dan bila anda lulus ujian ini, maka akan tumbuh dan berkembang kemampuan untuk menahan diri dari dosa-dosa yang lain, kerana takut kepada Allah.

Firman Allah SWT:

`Wahai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang2 yg sebelum kamu, agar kamu berTAQWA’2:183
vii.Latihan kepatuhan dalam suatu jangkamasa yang lamaPuasa memaksa seseorang untuk mematuhi syariat Allah secara terus menerus, tanpa henti dalam jangka waktu yang lama. Lamanya waktu untuk mengerjakan solat hanyalah beberapa minit sahaja. Waktu membayar zakat hanyalah sekali dalam setahun. Haji memang memerlukan waktu yang lama, tetapi hal itu hanya diwajibkan 1x dalam seumur hidup, dan juga hanya bagi orang yang mampu shj. Tetapi puasa berbeza dengan itu semua, kerana puasa adalah suatu latihan untuk kita mengikuti syariat Ar-Rasul SAW dalam waktu 1 bulan penuh dalam setahun, siang malam. Anda perlu bangun awal pagi sebelum Fajar untuk bersahur, berbuka pada waktu Maghrib tepat pada waktunya, makan dan berehat sebentar, kemudian terus bergegas untuk solat Terawikh. Dengan cara yang sebegini, setiap tahun dalam waktu 1 bulan penuh, dari subuh hingga waktu Maghrib, dan dari Maghrib sampai waktu pagi, seorang Muslim diikat terus menerus seperti seorang perajurit. Kemudian selepas itu ia dilepaskan selama 11 bulan untuk mempraktikkan dan menunjukkan hasil-hasil yang diperolehinya selama latihan tersebut.

viii.Situasi yang sangat menunjang untuk trainingLatihan yang seperti ini tidaklah efektif bila dilakukan oleh individu secara terpisah-pisah. Misalnya, parade tidak dikerjakan secara sendiri2 oleh perajurit. Seluruh perajurit perlu bangun di saat trompet dibunyikan agar mereka dibiasakan bekerja dalam satu kumpulan dan saling bantu membantu dalam menjalankan latihan. Apa yang kurang dalam diri perajurit itu ditampung oleh parajurit yang lain. Samalah halnya , bulan Ramadan telah dijadikan waktu berpuasa dan semua orang Islam diperintah untuk berbuka bersama-sama. Perintah ini mengubah ibadah individual menjadi ibadah kolektif. Sebagaimana halnya bila dikalikan nilai 1 trilion maka hasilnya akan menjadi setrilion, demikian juga keuntungan moral dan spiritual dari puasa, yang dilakukan oleh 1 bilion orang, akan menjadi 1 billion kali lipat bila puasa dilakukan oleh 1 bilion orang bersama-sama. Bulan Ramadan mengisi seluruh suasana kesalihan dan kebajikan. Di lingkungan seluruh bangsa, kesalihan tumbuh dengan subur. Setiap orang tidak hanya cuba menghindari dosa, tetapi juga berusaha membantu saudara2nya yang dalam kesusahan dalam menjalankan puasanya. Setiap orang merasa malu dalam berbuat dosa. Sebaliknya semua terdorong untuk berbuat kebaikan, untuk memberi makanan kepada orang miskin, memberi pakaian kepada orang yang tidak punya pakaian, memberi makan kepada orang miskin, ikut serta dalam kebaikan yang dilakukan di mana sahaja, dan mencegah kejahatan yang dilakukan secara terang2an.

`Setiap perbuatan manusia memperoleh pahala dari Tuhannya. Satu perbuatan baik diberi pahala 10 – 700 kali lipat. Akan tetapi Allah mengatakan: Puasa itu khusus bagi-Ku, dan aku memberinya pahala sebanyak yang Aku kehendaki’Al-hadith
Daripada hadith ini, dapatlah kita ketahui bahawa semua perbuatan yang baik berkembang pahalanya menurut proportion niat serta manfaat yang dihasilkannya, tetapi semua perbuatan itu mempunyai batas pahalanya. Akan tetapi dalam hal puasa perkembangannya tidak terbatas. Semakin banyak kita mengerjakan perbuatan baik dengan ikhlas di bulan ini, semakin besarlah pula BERKAH yang akan kita perolehi. Dan jika kita memelihara efek2 bulan puasa ini selama 11 bulan berikutnya, maka kebun kebajikan ini akan terus berkembang dan berlanjutan. Mengapa kita hanya membatasi kebaikan dan perbuatan baik ini setelah Ramadan?

DI MANAKAH NATIJAH IBADAH ITU SEKARANG?
Setelah kita mendengar huraian hasil2 puasa tersebut, kita akan tertanya-tanya: di manakah natijah puasa itu sekarang? Kita berpuasa, solat serta berdoa, akan tetapi natijahnya tidak kita rasai dan nampak. Antara sebabnya ialah kita melaksanakan Islam itu secara terpisah-pisah dan menggantikannya dengan hal-hal yang di luar Islam. Justeru itu kita tidak dapat melihat hasil yang sebenarnya.
Di samping itu sebab yang kedua ialah kerana pandangan kita mengenai hakikat IBADAH telah berubah.. Sekarang kita menyakini bahawa puasa hanya sekadar menahan diri dari makan dan minum, dari pagi hingga ke petang. Walhal anda tidak menyedari akan ruh IBADAH yang perlu menjiwai setiap tindakan dan perbuatan anda.

Sebab itulah ibadah2 yang kita lakukan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana di dalam Islam, sesuatu itu bergantung kepada NIAT, PEMAHAMAN DAN WAWASAN.

Rujukan:
Dasar-dasar Islam oleh maududi ms. 155
 
 
Jil Quran ( Generasi Al-Quran)
 
GENERASI AL-QURAN ACUAN RASULULLAH SAW

 
Sayyid Qutb dalam karya terakhirnya sebelum syahid di tali gantung, "Maallim Fi At-Tariq" atau Petunjuk Sepanjang Jalan menerangkan tentang generasi Al-Quran yang unik iaitu generasi sahabat yang dihasilkan Rasulullah SAW.beliau menyatakan Al-Quran dan Hadis yang menjadi petunjuk sepanjang hidup sekalian generasi manusia masih ada di samping kita pada hari ini juga bersama disamping generasi sahabat yang terdahulu,hanya diri Rasulullah SAW yang telah tiada lagi bersama-sama kita sekarang.

Sayyid Qutb melontarkan soalan adakah dengan sebab ketiadaan Rasulullah tiada peribadi atau rijal-rijal seperti para sahabat mendukung dakwah islamiah pada ketika ini. Allah telah menjamin untuk memelihara Al-Quran dan mengetahui dakwah boleh tertegak walaupun dengan ketiadaan Rasulullah. terbukti semua ini apabila para sahabat mampu menyebarkan syiar islam ke serata dunia sehingga wujudnya empayar islam yang besar.

maka sayyid Qutb pun menyatakan tidak boleh dijadikan alasan dengan ketiadaan Rasulullah menjadikan dakwah islamiah tidak sehebat seperti generasi terdahulu. beliau seterusnya menerangkan sumber pengambilan generasi pertama iaitu Al-Quran. hanya Al-Quran sahaja yang menjadi sumber panduan mereka,perjalanan hidup mereka dan gerak-geri mereka dan bukan kerana generasi sahabat tidak mempunyai tamadun pada ketika itu bahkan telah wujud tamadun Yunani yang terkenal denga falsafah,mantiknya. Tamadun Farsi dengan kesusasteraan.

Rasulullah telah menerapkan dalam hati dan pemikiran sahabat hanya Al-Quran sahajalah sumber pedoman hidup mereka dan tidak akan ada sumber-sumber lain dalam mencorakkan hidup mereka ataupun mencampur aduk sumber lain ke dalam Al-Quran.

mereka para sahabat juga tidak mendekatkan diri mereka dengan Al-Quran dengan tujuan mencari pelajaran dan bahan bacaan,bukan juga untuk tujuan berhibur dan penglipur lara. tiada seorang pun daripada mereka belajar al-quran dengan tujuan menambal bekal dan bahan ilmu semata-mata untuk ilmu dan bukan juga dengan menambah bahan ilmu dan akademi untuk dada mereka sahaja. bahkan mereka pelajari al-quran dengan maksud hendak belajar bagaimanakah arahan dan perintah Allah dalam urusan hidup peribadinya dan hidup bermasyarakat. mereka diajar untuk dilaksanakan SERTA-MERTA seperti seorang Jundi(Perajurit) menerima arahan atau surat pekeliling untuk dilaksanakan serta-merta.

pelajaran ini juga menanam Al-Quran dalam jiwa mereka hingga meresap menjadi panduan dalam gerakan mereka,melahirkan pelajaran yang menggerakkan aktiviti,pelajaran yang tidak ada lagi teori yang bersarang di kepala mereka.

dasar "belajar untuk melaksanakan terus" itu merupakan faktor utama membentuk generasi-generasi pertama dahulu,manakala dasar "belajar untuk dibuat kajian dan penglipur lara" merupakan faktor penting yang melahirkan generasi-generasi kemudiannya.

dengan adanya dasar kehidupan generasi sahabat yang unik ini maka dakwah islamiah berkembang ke seluruh pelusuk dunia sehingga muncul empayar islam yang besar seperti Umayyah,Abbasiyyah,Uthmaniyyah. jika tiada generasi Al-Quran yang unik ini saya percaya tidak akan berkembang syiar islam ke seluruh pelusuk dunia. mereka adalah generasi "pioneer" kepada dakwah islamiah.

saya kira sangat bermakna ayat "action speaks louder than word" boleh kata sinonim dengan dasar kehidupan generasi Al-Quran yang unik dan jika kita mengamalkan dasar seperti para sahabat ini saya sangat yakin dakwah islam akan berkembang rancak seperti mana para sahabat. akan lahir rijal-rijal soleh yang sanggup berkorban seperti para sahabat demi islam.

saya percaya dengan generasi al-quran yang unik seperti yang diterangkan Sayyid Qutb ini tidak mustahil dakwah mereka boleh sampai sehingga ke China ataupun sampai ke Nusantara seawal kurun ke-8 masihi. beberapa bahan bacaan saya hasil kajian sejarah para sejarawan membuktikan islam telah tersebar di Nusantara pada fasa pertama seawal kurun ke-8 masihi sehingga kurun ke-13. makam Saad Bin Abi Waqas pun dikatakan berada di sebuah wilayah di China.


Peta ilmuan islam Al-Idrisi

maka tidak mustahil juga islam sudah bertapak di Amerika(New World) sebelum kedatangan Christopher Columbus lagi. ada beberapa sumber yang tidak pasti kesahihannya mengatakan di dalam catatan pelayaran Christopher Columbus apabila beliau tiba di Amerika beliau melihat binaan seakan-akan masjid berada di puncak bukit.

peta diatas pula dihasilkan pada kurun-11 masihi ketika zaman emas tamadun islam di Andalusia. boleh kita perhatikan peta diatas meliputi kawasan daripada afrika sehingga ke tanah besar China.

semoga tulisan saya pada kali ini boleh menjadi semangat kepada pembaca untuk cuba menyemai semangat berdakwah dalam diri masing-masing dan semoga diri saya sendiri terus istiqomah di jalan ini. semoga kita tidak tergolong dalam golongan "kabura maqtan 'indallahi an taquulu ma la taf'aluun"

Isnin, 29 April 2013

Hakikat pengorbanan
Perkongsian khutbah Eidil Adha oleh Al Fadil Ust Umar Hj. Saleh beberapa tahun yang lalu.


Semoga bermanfaat.


KHUTBAH 1

الحمد لله القائل

اشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له. وأشهد أن محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم على رسولك وحبيبك محمد وعلى أله وأصحابه أجمعين ومن تبعهم باحسان الى يوم الدين.

اما بعد! فيا عباد الله اتقوا الله. أوصيكم ونفسى بتقوى الله واعلموا أن الله مع المتقين .
الله اكبر. الله اكبر. الله اكبر. الله اكبر. الله اكبر. الله اكبر . الله اكبر. الله اكبر. الله اكبر
( yakni 9 x takbir)
و لله الحمد

Sidang hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah !

Saya mengajak diri saya dan sidang hadirin dan hadirat sekalian, marilah kita terus pertingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan terus التزام dan patuh kepada titah perintah Allah serta meninggalkan segala tegahan-Nya. Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sesungguh-sungguh taqwa, sepertimana firman-Nya:

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Marilah juga kita terus memuji dan bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk kita terus hidup dan bersama-sama mera’ikan hari yang penuh barakah dan bahagia ini, iaitu hari Idul Adha atau hari di mana umat Islam yang menunaikan haji berkumpul di mina untuk melontar di jamrah.

Hadirin dan hadirat yang berbahagia,

Dalam kesempatan ini, kita diingatkan dengan peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS dan anaknya Nabi Allah Ismail AS demi mentaati perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim telah menerima perintah Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail, di dalam mimpinya. Dalam suasana taat kepada Allah Subhanahuwataala Nabi Ibrahim rela menyembelih anaknya dan anaknya, Ismail, pun rela untuk disembelih. Kesetiaan mereka, kepatuhan mereka dan pengorbanan mereka telah diabadikan oleh Allah di dalam Al-Qur'an Al-Karim dalam Surah As-Shaffat, ayat 102:

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku, sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!", Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".

Kesabaran, kepatuhan dan pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail, menghadapi ujian yang berat telah dipuji oleh Allah swt dan telah menjadi contoh tauladan kepada umat Islam. Allah swt yang Maha Pengasih telah menggantikan Ismail dengan seekor kambing atau kibas. Firman Allah swt dalam surah Ash shaffat: 102 hingga 106:

Sesungguhnya Ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian. (Iaitu) "Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim".

Umat Islam disunatkan menyembelihkan haiwan korban pada hari raya haji atau idul adha. Hendaklah korban itu terdiri daripada haiwan ternakan yang dipilih dengan baik. Namun segala pengorbanan hendaklah berdasarkan taqwa kepada Allah swt. Allah hanya menerima pengorbanan dan amalan yang diasaskan di atas asas taqwa kepada-Nya: Firman Allah swt dalam surah Al-Hajj ayat 37:

Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.


Hadirin dan hadirat sekelian,

Berhubung dengan hukum menyembelih haiwan korban ini, Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, dalam kitabnya mengenai at-Tadhiyyah adalah memberikan beberapa nohtah:
1. Berkorban, yakni menyembelih haiwan korban, adalah suatu yang disyari’atkan oleh ajaran Islam.
2. Menyembelih haiwan korban hukumnya adalah sunnah, namun amalan ini paling disukai oleh Allah SWT dilakukan pada hari Nahar, yakni pada hari umat Islam yang menunaikan fardhu haji melaksanakan kewajipan melontar jamratul ‘aqabah di Mina.
3. Binatang korban akan datang pada hari Kiamat dengan keadaan sebagaimana ketika disembelih. Justeru itu umat Islam disarankan agar memilih haiwan ternakan yang terbaik untuk dikorbankan. Manakalan menyebelihnya pula perlu disembelih dengan cara yang paling ihsan.
4. Darah haiwan sembelihan yang jatuh, diterima olah Allah swt dahulu, sebelum ianya jatuh ke muka bumi.

Hadirin dan hadirat sekelian,

Daripada peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail seperti yang dinyatakan, telah memberikan kepada kita beberapa nilai, pengiktibaran dan pengajaran-pengajaran tentang pengorbanan.

Bahawa, termasuk bahagian daripada sunnah para anbiya’, seseorang muslim dikehendaki mengorbankan sebahagian daripada harta bendanya di jalan Allah SWT. Maksud jalan Allah adalah sangat luas. Ia mencakup segala jenis kebaikan, antaranya: memberikan makan kepada kaum fakir miskin, berdakwah di jalan Allah dan berjihad menentang musuh-musuh Allah.

Para ulama’ telah mencadangkan agar bahawa daging korban diagih-agihkan sebagai sadaqah, sebagai hadiah dan digunakan sendiri oleh tuannya. Ini bermakna Islam sangat mengambil berat tentang hubungan siratulrahim atau keharmonian hubungan sosial semasa manusia. Jika daging itu sampai kepada golongan fakir atau golongan miskin maka ia akan membantu untuk mencukupi keperluan hidup mereka. Jika daging itu sampai kepada golongan yang berada maka ia merupakan satu hadiah yang akan mengukuhkan hubungan kasih sayang dan ukhuwah Islamiyah. Bahkan, betapa Islam mementingkan hubungan harmoni sesama manusia, daging korban itu boleh juga diberikan kepada golongan bukan Islam, sebagaimana yang diputuskan oleh para ahli fiqh. Ini kerana golongan bukan Islam juga merupakan sasaran dakwah Islamiyah.

Hadirin dan hadirat sekelian,

Sesungguhnya di dalam Islam, erti pengorbanan mempunyai dimemsi yang luas. Pengorbanan itu dituntut dalam pelbagai aspek kehidupan orang-orang yang beriman kepada Allah. Tidak akan tertegak amal Islami untuk mengembalikan semula Islam yang telah dihina kepada kedudukannya yang tinggi dan mulia tanpa berkorban. Tidak akan tertegak dakwah Isalmiyah untuk menyeru seluruh manusia supaya kepada din Allah SWT tanpa berkorban. Tidak akan tertegak jihad untuk menentang serangan musuh-musuh Allah seperti serangan dari golongan yahudi, golongan nasrani, gerakan misionary dan serangan orang-orang munafiq tanpa berkorban.

Selain daripada mengorbankan harta benda dan wang ringgit, Islam juga menuntut orang-orang beriman berkorban dalam beberapa aspek yang lain, iaitu:

1. Mengorbankan diri di jalan Allah.

Sesungguhnya Allah SWT menghendaki orang beriman mencagarkan dirinya, di samping hartanya, untuk mendapatkan habuan syurga Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah, ayat 111.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian,

Natijah terakhir bagi mereka yang mengorbankan dirinya di jalan Allah ialah samada mendapat syahid di jalan Allah atau mati di jalan Allah. Sesungguhnya kita semua pasti akan mati, maka kita perlulah merancang kematian kita akan mendapat kematian yang terbaik.

Hadirin dan hadirat sekelian,

Di sini saya ingin menjelaskan perbezaan di antara syahid di jalan Allah dan mati jalan Allah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 157 dan 158:

Dan sungguh jika kamu terbunuh di jalan Allah atau mati, tentulah ampunan Allah dan kasihsayang-Nya lebih baik (bagimu) dari harta yang mereka kumpulkan. Dan sungguh jika kamu mati atau terbunuh, tentulah kepada Allah-lah kamu dikumpulkan.

Menurut Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, terbunuh atau syahid di jalan Allah bermakna terbunuh di tangan musuh Allah di medan jihad di jalan-Nya.

Manakala, mati di jalan Allah bermakna seorang muslim itu mati ketika sedang melakukan amal Islami yang diredhai Allah, seperti berdakwah di jalanNya dan melakukan pelbagai kerja-kerja Islam bertujuan untuk memperkuat atau mengukuhkan Islam.

Samada seseorang itu syahid di jalan Allah atau mati di jalan Allah, maka kedua-dua jenis kematian itu adalah kematian yang mulia. Kedua-keduannya akan mendapat kasih sayang Allah dan keampunan Allah daripada segala dosanya. Justeru itu, hadirin dan hadirat sekelian, hendaklah setiap detik dalam kehidupan kita, sentiasa berada di jalan Allah, di atas jalan dakwahNya. Jangan sekali-kali kita terkeluar daripada jalan dakwahNya kerana kita tidak tahu bilakah kematian itu akan tiba. Inilah yang saya maksudkan dengan kita merancang kematian yang terbaik di sisi Allah SWT.

2. Jenis pengorbanan yang berikutnya ialah mengorbankan waktu dan kesungguhan.

Rasulullah SAW adalah menasihatkan kita, dalam hadithnya (riwayat Al-Hakim), bahawa:



“Manfaatkanlah 5 keadaan sebelum datang 5 (keadaan) yang lain (yakni):
Hidupmu sebelum matimu
Sihatmu sebelum sakitmu
Waktu lapangmu sebelum sebokmu
Mudamu sebelum tuamu
Kayamu sebelum miskinmu”

Hasan Al-Banna pula ada menyatakan, “waktu adalah kehidupan”. Ini bermakna apabila seseorang itu mengsia-sia waktu, bermakna beliau mengsia-siakan kehidupannya. Justeru itu saya menyeru kepada hadirin dan hadirat sekelian, marilah sama-sama kita menguruskan waktu kita di jalan Allah dengan baik seperti untuk mendekatkan diri dengan Allah, berdakwah kepada masyarakat, mendidik anak-anak, menunaikan hak-hak ahli keluarga, menjayakan projek-projek Islam, mencari nafkah hidup dan sebagainya. Kita peruntukan waktu kepada tiap-tiap yang berhak itu akan haknya dengan adil dan bijaksana. Pendek kata seluruh waktu kita dipergunakan untuk perkara-perkara yang bermanfaat untuk Islam dan untuk dakwah Islamiyah.

Janganlah hendaknya kita hanya leka dengan keseronokan dunia dan menggunakan waktu untuk kepentingan peribadi dan keluarga sahaja, dan kita abaikan tugas dakwah kepada masyarakat dan kita membiarkan masyarakat dirosakkan oleh musuh-musuh Islam. Marilah kita sama-sama beringat-ingat akan pesanan Rasulullah SAW (daripada riwayat At-Termizi, yang bermaksud), antara lain:

“Barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya, maka Allah akan menjadikan kekayaan di dalam hatinya, mengumpulkan segala urusannya, dan dunia datang kepadanya dengan merendahkan diri. Sedangkan sesiapa saja yang menjadikan dunia sebagai tujuannya maka Allah pasti akan menjadikan kefakiran bertahta di antara kedua matanya, mencerai-beraikan urusannya dan dunia tidak akan datang kecuali yang ditetapkan untuknya sahaja.”

Hadirin dan hadirat sekelian,

Marilah sama-sama kita berkorban sepanjang hayat. Berkorban dalam erti kata yang luas, meliputi pengorbanan harta benda, tenaga, diri sendiri, waktu dan kesungguhan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Juga pengorbanan dalam pelbagai bidang dakwah dan jihad seperti berdakwah kepada masyarakat, mendidik anak dan ahli keluarga, membangunkan pelbagai institusi Islam dan sebagainya.


بارك الله لى ولكم بالقران العظيم ونفعنى واياكم بما فيه من الايات والذكر الحكيم وتقبل منى ومنكم تلاوته انه هو السميع العليم .

أقول قولى هذا وأستغفر الله لى ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات فاستغفروا الله العظيم من كل ذنب انه هو الغفور الرحيم
‘IBRAH DARI KISAH IBRAHIM DAN ISMAIL SEBAGAI QUDWAH DALAM AMAL ISLAMI
Assalamu'alaikum wbth,

Dalam kesempatan ini, kita diingatkan dengan peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS, kesabaran anaknya Nabi Allah Ismail AS dan keredhaan isterinya Siti Hajar, demi mentaati perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim telah menerima perintah Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail, di dalam mimpinya. Dalam suasana taat kepada Allah Subhanahuwataala Nabi Ibrahim rela menyembelih anaknya dan anaknya, Ismail, pun rela untuk disembelih. Kesetiaan, kepatuhan dan pengorbanan mereka telah diabadikan oleh Allah di dalam Al-Qur'an Al-Karim dalam Surah As-Shaffat, ayat 102:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ
Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku, sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!", Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".



Dr Abdul Karim Zaidan berkomentar terhadap ayat ini, “Demi Allah, saya tidak tahu yang manakah dari keduanya lebih saya kagum, sang ayah Ibrahim; orang tua berwibawa mendapat mandat dari Rabbnya, tidak tertahan oleh jiwa manusia kecuali Ibrahim, Allah perintahkannya untuk menyembelih dengan tangannya satu-satunya anak yang baru dikurniakan Allah pada umurnya yang tua dan senja. Ataukah saya takjub dengan anak muda pintar, Ismail yang respon kepada pertanyaan orang tuanya ‘aku ditugaskan untuk menyembelihmu, apa pendapatmu? Pemuda berjiwa besar ini memanggil ayahnya dengan nada lembut ya abati (wahai ayah) tidak berubah dalam pandangan dan hubungan dengan ayahnya meski pun meminta pandangan untuk menyembelihnya...bahkan ia mengingatkan ayahnya bahawa dia sedang melaksanakan perintah Allah, Wahai ayah lakukan apa yang engkau diperintah untuknya. Seterusnya menyokong ayahnya dan cuba menghilangkan gangguan emosinya dengan katanya..engkau akan mendapatiku Insya Allah termasuk orang-orang sabar
Ketaatan dan kepatuhan keluarga Nabi Ibrahim kepada Allah swt dalam menghadapi ujian berat telah dipuji oleh Allah swt dan telah menjadi contoh tauladan kepada umat Islam. Allah swt yang Maha Pengasih telah menggantikan Ismail dengan seekor kambing atau kibas. Firman Allah swt dalam surah Ash shaffat: 106 hingga 109:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاءُ الْمُبِينُ. وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ. وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الآخِرِينَ. سَلامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ

Sesungguhnya Ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian. (Iaitu) "Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim"

Dr Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya al-Mustafad min Qasyasy al-Quran, menjelaskan: Dalam kisah Ismail banyak terdapat ibrah dan nasihat WAJIB bagi da’e dan ‘amilin Islam supaya difahami dan dijadikannya sebagai maudhu’ dakwah untuk disampaikan kepada manusia samada tua, pemuda, bapa dan anak-anak seperti berikut:

i.Mengikat Diri Dengan Perintah Allah

Wajib seseorang muslim mengikat diri dengan perintah Allah dan bersegera melaksanakannya dengan penuh redha dan menerima tanpa ragu, malas atau banyak soal jawab. Inilah dilakukan oleh Ibrahim a.s. yang menerima perintah dari Rabbnya untuk menyembelih anaknya Ismail.

ii.Ismail a.s. Qudwah Pemuda Muslim




Kisah Ismail adalah kisah pemuda muslim beriman kepada Allah, diuji dengan ujian berat iaitu mati disembelih oleh tangan ayahnya sendiri, tapi ia tidak takut atau bimbang. Malah ia menyokong ayahnya untuk laksanakan perintah Allah tersebut. Ismail adalah contoh pemuda muslim. Pemuda muslim hari ini perlu mempunyai khudwah atau idola yang boleh membangkitkan makna-makna iman, membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah dan menjauhi maksiat dan perangkap syaitan.
iii. Menghilangkan Kesedihan Dengan Taat Kepada Allah
Sesungguhnya Allah swt menghilangkan dari kaum muslimin yang melaksanakan perintah Allah kesempitan dan cubaan-cubaan selagi mereka sentiasa bersiap sedia dan melaksanakan perintah Allah swt. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah swt.

وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ. قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

Lalu Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!"Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang berbuat baik”(as-Shoffat:104-105)

iv.Ujian Allah Terhadap HambaNya Yang Beriman

Hendaklah para da’I mengetahui bahawa Allah swt memberikan bala’ dalam bentuk ujian dan cubaan agar zahir apa yang tersembunyi dalam jiwa mereka, sejauhmana ketaatan ketika tersepit, memegang panji-panji Islam waktu genting dan sukar. Di atas sunnah Ilahiyah inilah Allah swt menguji khalilNya Ibrahim supaya menyembelih Ismail seklau gus ujian bagi anaknya Ismail, adakah ia membantah atau taat kepada ayahnya?...hendaklah diketahui oleh para da’e bahawa ujian Allah swt terhadap hambaNya mukmin adalah hak mutlakNya; Dia menentukan jenis dan bila ujian itu diturunkan. Ini wajib diketahui kerana ia sebahagian daripada aqidah Islamiah.

v.Berhias Dengan Akhlak Islam

Allah swt memuji Ismail a.s. dengan firmanNya

وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِسْمَاعِيلَ إِنَّهُ كَانَ صَادِقَ الْوَعْدِ وَكَانَ رَسُولًا نَبِيًّا

Dan ceritakanlah (Wahai Muhammad) kisah Ismail di dalam Kitab (Al-Quran). Sesungguhnya ia adalah benar-benar menepati janji, seorang rasul dan nabi.(Maryam:54)

Menepati janji adalah sebahagian daripada akhlak Islam dan sifat mukmin, sebaliknya mungkir janji adalah akhlak tercela. Rasulullah saw bersabda:

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إذَا حَدَثَ كَذَبَ، وَإذَا وَعَدَ أخْلَفَ، وَإذَا ائْتُمِنَ خَانَ

Tanda munafik ada tiga; jika bercakap bohong, jika berjanji ingkari, jika dipercayai khianat (Muttfaq ’alaih)

Para da’e menjadikan tajuk akhlak sebagai bahagian penting dalam dakwahnya dengan menyatakan bahwa tendusnya akhlak Islam adalah indikator keruhnya iman dan menularnya sifat nifaq. Inilah realiti umat Islam hari ini bahkan ia terus menjalar dalam organisasi Islam yang menyebabkan mereka tidak layak mendapat pertolongan daripada Allah swt.

vi.Mencontohi Baitul Dakwah wa Baitul Ubudiyah
Keluarga Ibrahim a.s. adalah lambang Baitul Dakwah dan Baitul Ubudiyah Lillahi Wahdah.

a.Tindakan Ibrahim a.s. meninggalkan Hajar dan anaknya di lembah gersang tidak berpenghuni kerana ubudiyah kepada Allah. Begitu juga kesanggupannya yang luar biasa ketika nekad untuk menyembelih anaknya hanya semata-mata pengabdian kepada Allah swt

b.Hajar meredhai tindakan suaminya yang meninggalkan mereka berdua ditanah kering kontang tanpa penghuni kerana mematuhi perintah Allah swt….kemudian (Ibrahim) meninggalkan mereka, lalu ibu Ismail mengejar Ibrahim seraya berkata: “Wahai Ibrahim ke mana kamu akan pergi meninggalkan kami di lembah tidak berpenghuni ini?” Ia ulangi tiga kali tapi Ibrahim tidak menoleh hingga isterinya bertanya: “Allahkah yang memerintahmu untuk melakukan ini Ibrahim?” Ibrahim menjawab “Ya” kemudian berkata Hajar: “Jika demikian, Dia tidak akan mensia-siakan kami” Alangkah mulianya hati ibu ini, alangkah tinggi ketaatan dan tawakkalnya kepada Allah swt.

c.Begitu juga anak mereka, Ismail a.s. redha dan menyokong disembelih oleh ayahnya kerana taat kepada perintah Allah swt. Renungkalah dialog ini: "Hai anakku, sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!", Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".

Tugas dan tanggungjawab para Rasul dan ketua keluarga (suami/ayah) menjaga keluarganya daripada api neraka di Hari Akhirat dengan cara menghindarkan mereka daripada melakukan dosa di dunia. Mari kita terokai gambaran hati seorang ayah terhadap anaknya dalam peristiwa Nuh a.s. yang bersungguh-sungguh menyelamatkan anaknya daripada tenggelam dalam banjir (terjerumus ke dalam neraka), dialog dengan Allah swt ini diabadikan dalam al-Quran sebagai pedoman kepada manusia:

وَنَادَى نُوحٌ رَبَّهُ فَقَالَ رَبِّ إِنَّ ابْنِي مِنْ أَهْلِي وَإِنَّ وَعْدَكَ الْحَقُّ وَأَنْتَ أَحْكَمُ الْحَاكِمِينَ .قَالَ يَا نُوحُ إِنَّهُ لَيْسَ مِنْ أَهْلِكَ إِنَّهُ عَمَلٌ غَيْرُ صَالِحٍ فَلا تَسْأَلْنِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنِّي أَعِظُكَ أَنْ تَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ

Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya Dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri, dan Bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak hakim Yang menghukum Dengan seadil-adilnya".. Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); Sesungguhnya bawaannya bukanlah amal Yang soleh, maka janganlah Engkau memohon kepadaKu sesuatu Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. sebenarnya Aku menasihatimu dari menjadi orang Yang jahil".

Ibnu Kathir: Seruan dari Nuh kepada Rabbnya adalah bentuk pertanyaan tentang keadaan anaknya yang tenggelam padahal ia adalah sebahagian dari keluarganya.

Dalam tafsir al-Manar: Bagaimana Nuh boleh berdoa untuk menyelamatkan anaknya sedangkan ia mengetahui ia termasuk dikalangan orang yang telah diputuskan oleh Allah swt sebagai celaka. Jawabnya berkemungkinan Nuh memahami anaknya tidak termasuk dalam firman Allah secara umum..

…أَنَّهُ لَنْ يُؤْمِنَ مِنْ قَوْمِكَ إِلاَّ مَنْ قَدْ آمَنَ....

Sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang Yang telah sedia beriman…(Hud:36)

Pemahaman ini didukung kasih sayang seorang ayah yang merasa hiba terhadap anaknya. Bagaimana mungkin anak yang dijaganya daripada sentuhan api dunia kini terdedah kepada dibakar oleh api neraka? Sesungguhnya hati seorang ayah yang beriman hanya mengharapkan anak dan ahli keluarganya selamat dari api neraka sebagaiman firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu; neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasa; mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan.(at-Tahrim:6)

vii.Tidak Boleh Maksiat Kepada Allah Dengan Alasan Tanggungjawab Keluarga

Perlu diketahui bahawa tidak boleh seorang anggota keluarga menuntut kepada ketua keluarga (suami/ayah) hingga menjerumuskannya ke dalam maksiat kepada Allah, firmanNya;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ وَإِنْ تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu Yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(at-Taghabun:14)

Atha’ bin Yasar berkata: ayat ini turun berkenaan dengan Auf bin Malik al-Asyja’i yang hendak pergi berjihad lalu isteri dan anak-anaknya menangis dan merayu: Kepada siapa engkau tinggalkan kami? Lalu hatinya luluh dan tidak pergi berjihad.

Abu Bakar bin al-Umairi berkata: sesungguhnya permusuhan disini adalah dalam perbuatan. Apabila isteri dan anak melakukan perbuatan seperti musuh maka ia menjadi musuh dan tidak ada perbuatan yang lebih hina daripada menjadi penghalang seorang hamba mentaati Rabbnya.

Kesimpulannya dalam masalah ini tidak boleh seorang muslim meninggalkan perintah Rabbnya dan syariatNya dengan alasan apapun atau mendahulukan keinginan atau manafaat anak atau isteri atau sesiapa sahaja. Syiar bagi seorang da’e: melaksanakan perintah Allah lebih utama dari yang lainnya.
Islam Syumul siri 3
Fikrah kita ialah fikrah Islam atau Din Islam. Din Islam ialah Din terawal dan kekal abadi. Din Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW, para sahabat RA dan pengikut-pengikut mereka hinggalah ke Hari Akhirat kelak. Din Islam ialah satu peraturan hidup yang luas, lengkap dan merangkumi semua ruang hidup.

Kita tidak boleh menambah dan mengurangkan pada mana-mana bahagian ajaran Allah SWT. Di dalam apa hal sekali pun, kita tidak boleh mendahului Islam. Kita adalah pengikut ajaran Allah SWT. Pengikut hendaklah berada di belakang.

Kita perlu menyesuaikan diri dengan Islam
Kita mestilah membentuk jiwa supaya serasi dengan ajaran Allah SWT. Jiwa dan hati hendaklah diperoses dengan Iman hingga sanggup patuh dan tunduk kepada semua ajaran Allah SWT. Kita wajib memahami Islam sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT. Kita wajib memahami Islam sebagaimana yang difahami oleh para sahabat yang menerima Islam di Madrasah Rasulullah SAW. Kita tidak boleh memahami Islam sebagaimana yang manusia atau sebagaimana yang kita sendiri mahu. Kita perlu memahami Islam sebagaimana tuntutan dan kehendak Allah SWT. Kita tidak menurut hawa nafsu kita dalam memahami Islam. Kita mahukan Islam yang asli. Kita tidak mencampuradukkan ajaran Islam dengan ajaran yang lain. Kita perlu bersungguh-sungguh memahami Tasawwur Islam.

Islam sahaja yang benar
Islam sahajalah yang mampu menolak kekeliruan-kekeliruan yang terdapat pada sesetengah menusia. Kita tidak mudah terpengaruh dengan “nama-nama” yang elok sedangkan isinya kosong. Sesungguhnya orang mu’min itu cerdik, bijak serta pintar dan ia tidak mudah untuk ditipu dengan nama-nama sahaja. Kita perlu ketengahkan fikrah Islam. Kita perlu sebarkan fikrah Islam kepada orang ramai dengan jelas dan terang. Kita tidak boleh menghilangkan walau pun satu huruf daripada fikrah Islam yang sebenar. Untuk mendapatkan dan menyampaikan Islam sebenar, kita perlu mengambil Islam itu dari sumber-sumber yang sah iaitu al-Quran,as-Sunnah Rasulullah SAW dan huraian-huraian ulama’-ulama’ muktabar. Sumber kita adalah sumber syar’i.

Seluruh bidang hidup kita perlu berpandukan Din Allah SWT. Din Islam sahajalah yang diredhai Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Din yang diredhai di sisi Allah hanya al-Islam.”
Surah Ali-’Imran: ayat 19

“Sesiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai Din, maka sama sekali tidak diterima daripadanya, di akhirat kelak termasuk ke dalam golongan orang yang rugi.” Surah Ali ‘Imran: ayat 85

Apabila Allah SWT tidak menerima orang yang mengambil Din yang lain, maka di akhirat kelak dia termasuk ke dalam golongan orang yang rugi. Amat rugi. Kerugian dari “kaca mata” Allah SWT. Kerugian mengikut nilai Rabb al-Jalil bukan mengikut nilai manusia. Allah SWT juga telah memberikan kata dua kepada manusia samada memilih Islam atau kekufuran. Firman Allah SWT:

“Dan katalah al-Haq itu datangnya dari Tuhanmu, maka barang siapa yang ingin beriman maka hendaklah ia beriman dan barang siapa yang ingin kafir hendaklah ia kafir. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang- orang kafir itu neraka yang bergejolak mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum air seperti besi mendidih (cair) yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek.” Surah al-Kahfi: ayat 29

Kita perlu iltizam dengan ajaran Islam dan kita persaksikan Islam dalam bentuk kehidupan. Di waktu yang sama kita wajib mempertahankan Islam. Mempertahankan kefahaman Islam sebenar.
Kita perlu sedar bahawa ilmu semata-mata tidak dapat membentuk manusia agar benar-benar bertanggungjawab kepada Islam. Hari ini ramai orang mempunyai ilmu Islam tetapi Islam tidak dapat dilihat dalam praktik hidup mereka. Mereka sebenarnya masih belum beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benar Iman. Apabila seseorang itu tidak patuh kepada Allah SWT dalam semua bidang hidup, maka bermakna imannya masih lemah.

Oleh yang demikian ilmu Islam perlu ditarbiyyah dengan Tarbiyyah Imaniyyah hingga lahir kesedaran dan kefahaman yang mendalam. Kita perlu diproses hingga kita menerima apa sahaja yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Dengan melalui proses ini, hati kita akan merasa betul dan tepat dengan tuntutan ajaran Allah SWT.

Berpuas hati hanya dengan Islam

Kita perlu terus menerus mengikut ajaran Islam tanpa berdolak dalih lagi. Islam perlu kita hayati hingga kita merasa nikmat dengannya. Hingga, apabila tidak mengamalkan Islam, kita merasakan tidak senang dan gelisah. Perasaan tidak puas hati dengan Islam telah disumpah oleh Allah SWT di dalam Firman-Nya:

“Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima sepenuhnya.” Surah an-Nisa’: ayat 65

Ayat ini menjelaskan bahawa kita tidak dapat dikatakan benar-benar beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya sehinggalah kita kembali kepada ajaran Rasulullah SAW dalam semua urusan, sekaligus kita redha pula kepada segala keputusan yang telah diputuskan oleh Rasulullah SAW.

Kepatuhan yang berterusan
Kepatuhan kita kepada ajaran Rasulullah SAW, bukanlah sekadar di dalam program-program rasmi sahaja. Jika kepatuhan kita sedemikian, bermakna Islam itu belum lagi lahir dalam bentuk malakah (sebati) pada diri dan dalam jiwa kita.
Kita memerlukan pendidikan Islam secara berterusan agar Islam menjadi sebati dengan kita. Kita perlu dididik hingga Iman itu lahir dalam bentuk tindakan. Kita perlu dididik hingga kita berbuat sesuatu kerana Islam. Hidup dan mati untuk Islam. Barulah lahir ‘Ubudiyyah Lillahi Wahdah.

Sekiranya kita tidak dididik kemungkinan kita lakukan sesuatu bukan untuk Islam atau kerana yang lain daripada Allah SWT. Apabila melakukan sesuatu tidak kerana Allah maka Allah tidak akan menerima amalan tersebut.

Hanya untuk Allah
Apabila kita melakukan sesuatu kerja Islam, kita perlu benar-benar mencari keredhaan Allah SWT, tanpa mengambil kira keuntungan duniawi. Kita tidak memerlukan dorongan-dorongan lain untuk melakukan kerja-kerja Islam. Kita hanya mengharap janji-janji Allah SWT. Sesiapa yang lebih melakukan amal Islami dengan ikhlas maka dialah yang lebih mendapat pahala. Bagi mereka yang hidup hanya mencari keredhaan Allah SWT, apa yang ada di sisi mereka seperti harta, tenaga dan jiwa adalah untuk Allah SWT semata-mata .

Dengan aqidah yang bersih dan amal yang ikhlas, kita akan menjadi Jund ‘Aqidah Wa Fikrah. Pahlawan yang benar-benar mempunyai sifat Jundiyyah (perajurit) yang dibina atas dasar Islam. Dengan penyerahan total kepada Allah SWT, barulah kita boleh melahirkan tentera aqidah dan fikrah. Tentera yang menerima arahan daripada kepimpinan dalam rangka melaksanakan apa yang dituntut oleh Allah SWT. Tentera yang bekerja kerana Allah SWT bukan kerana yang lain. Sayyidina Khalid Ibn al-Walid telah memberikan contoh kita. Ketika dia digantikan oleh Sayyidina U’mar dengan ‘Ubaidah al-Jarrah sebagai panglima tinggi tentera Islam, dia tidak sedikit pun menunjukkan rasa kecewa. Katanya, “Aku berperang kerana Allah SWT bukan kerana ‘Umar”. Khalid berjuang kerana Allah SWT bukan kerana pangkat. Sememangnya kita perlu dilatih untuk mencapai tahap sedemikian. Firman Allah SWT:

“Katakanlah: Sesungguhnya solahku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada sekutu bagiNya dan demikian itu diperintahkan bagiku dan akulah yang pertama-tama menyerah diri kepada Allah.” Surah al-An’am: ayat 162-163.

Melaksanakan Islam keseluruhannya
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada.”

Hadith ini memberi maksud bahawa kita perlu bertaqwa kepada Allah SWT kerana Islam itu telah sempurna. Kita wajib iltizam kepada Islam secara keseluruhan. Kita tidak boleh mengambil Islam sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Kita perlu mengambil Islam keseluruhan dan melaksanakannya dalam batas kemampuan yang kita miliki. Sememangnya kita ingin melaksanakan keseluruhan Islam, tetapi ketiadaan Daulah pada hari ini menyebabkan kemampuan kita sangat terbatas dan tidak terbela. Kita hanya dapat melaksanakan mengikut kadar kekuatan Ummah ketika ini.

Dari segi tanggungjawab, sememangnya tanggungjawab kita berbeza bentuk dan kadarnya. Orang yang telah berkahwin, kadar tanggungjawabnya lebih daripada orang yang belum berkahwin. Begitu juga dalam hal-hal lain. Kita perlu melaksanakan tanggungjawab kita sedaya yang mungkin. Dengan cara ini, InsyaAllah kita akan berada di dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal saleh.


“Seiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahkan dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah ia mengubahkan dengan lisannya, sekiranya ia tidak mampu hendaklah ia mengubahkan dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah Iman.”

Kebanyakan manusia hari ini telah membeli kehidupan dunia dan menolak akhirat. Mereka menolak ajaran Islam yang syumul. Mereka mengasing dan mengenepikan Islam dalam realiti kehidupan seharian. Islam ‘terkurung’ di dalam masjid. Islam hanya boleh diambil dari segi solah, puasa, zakat dan haji sahaja. Undang-undang Syari’ah tidak boleh diambil kerana tidak bersesuaian dengan tuntutan dan kehendak masyarakat semasa. Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sesunguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”-Surah al-Baqarah: ayat 208.

Ayat di atas menyeru kita agar menerima Islam keseluruhannya.


Kita hanya berusaha dan bertawakkal
Generasi Al Qur’an pertama, iaitu para sahabat RA, ada antara mereka yang belum sempat melihat natijah Islam tetapi telah sanggup disiksa dan dibunuh. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi menegakkan Islam dan mewujudkan masyarakat yang menepati kehendak Allah SWT. Mereka bersabar dalam melaksanakan tuntutan aqidah. Apabila keluarga Yasir telah disiksa maka Rasulullah SAW yang melalui tempat dia disiksa berkata,

“Bersabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya tempat kembali kamu adalah Jannah.”

Yang paling baik bagi kita ialah terus berusaha, bekerja dan berkorban untuk mengajak masyarakat kembali kepada al-Islam. Kita berdoa kepada Allah SWT agar kita digolongkan di dalam Kafilah Da’wah atau Kafilah Mujahidin. Sekiranya kita tidak mahu melakukan kerja-kerja ini maka bermakna kita menolak kurniaan Allah SWT. Balasan yang baik hanyalah ketentuanNya. Kita perlu sentiasa berdo’a agar kita sentiasa berada dalam rahmat dan redha-Nya.
Hikmah Penciptaan Manusia

Saturday, July 10, 2010

Muqaddimah
 
Firman Allah SWT :
 
{وَالْعَصْرِ}(العصر/1).
{إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ}(العصر/2).
{إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ }(العصر/3).
 
[103.1] Demi Masa!
[103.2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[103.3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
 
Allah SWT bersumpah dengan masa yang merupakan salah satu makhluk-Nya. Kita sekarang berada di penghujung tahun sama ada Hijrah atau Masihi. Sedikit masa lagi, kita akan menyambut tahun baru dan meninggalkan tahun yang telah berlalu. Dengan berlalunya tahun tersebut, maka berlalulah umur setiap manusia.
Sesiapa yang mempunyai kadar umur tertentu pada akhir tahun yang lepas, maka telah berkurangan daripada umurnya setahun. Sesiapa yang pada hari ini berada dalam umur remaja, ada yang berada dalam umur dewasa, di sana juga ada yang masih kanak-kanak, adayang masih di peringkat janin dalam perut ibu seterusnya ada yang masih di alam ghaib.
Berlalu tahun ke tahun dan keluar generasi demi generasi kepada kewujudan secara berterusan, kemudian mereka saling meninggalkan antara satu sama lain. Maka berakhirlah umur-umur sebagaimana berakhirnya perhitungan tahun. Lalu berpindahlah manusia daripada tempat beramal ke tempat pembalasan.
Setiap seorang daripada kita akan meninggalkan kesemua yang dicintai yang diambil berat supaya terus kekal bersamanya. Segala miliknya di dunia pasti ditinggalkan. Firman Allah SWT:
{وَلَقَدْ جِئْتُمُونَا فُرَادَى كَمَا خَلَقْنَاكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَتَرَكْتُمْ مَا خَوَّلْنَاكُمْ وَرَاءَ ظُهُورِكُمْ وَمَا نَرَى مَعَكُمْ شُفَعَاءَكُمْ الَّذِينَ زَعَمْتُمْ أَنَّهُمْ فِيكُمْ شُرَكَاءُ لَقَدْ تَقَطَّعَ بَيْنَكُمْ وَضَلَّ عَنكُمْ مَا كُنتُمْ تَزْعُمُونَ}(الأنعام/94).
[6.94] Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat).
Hukum lampau sama ada ke atas raja-raja, pemerintah-pemerintah, fakir miskin, daripada makhluk Allah SWT di atas muka bumi adalah secara sama rata. Tiada seorang yang terkecuali walau sekuat mana sekali pun, sebanyak mana harta dan juga setinggi mana pangkat yang disandangi. Allah merupakan yang Maha Berkuasa memaksakan kematian ke atas mereka serta menghadapkan mereka kepada-Nya untuk dihisab. Firman Allah SWT:
 
{إِنَّ إِلَيْنَا إِيَابَهُمْ }(الغاشية/25).
{ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُمْ }(الغاشية/26).
 
[88.25] Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,
[88.26] Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.
 Apabila nyawa telah sampai di halkum, kita akan mengetahui hakikat dunia dan nilainya. Pada saat itu, kita akan mengetahui bahawa perkara paling penting yang mesti diambil berat secara serius, menjuruskan segala kehidupan adalah semata-mata kerananya dan mati pula adalah untuknya, ia adalah merupakan urusan yang terhasil dengan menyedari juga melaksanakan hikmah daripada kewujudan kita dalam kehidupan.
 
Demikianlah urusan yang paling besar, sesungguhnya kita telah diciptakan supaya mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita diciptakan untuk melaksanakan kehendak-Nya melalui kewujudan di dunia ini.
Semasa nazak, kita akan bertanya kepada diri sendiri, adakah aku telah memanfaatkan daripada kehidupan yang telah berlalu? Adakah aku telah memanfaatkan hari-hari, malam-malam, dan tahun demi tahun? Adakah aku telah bersedia untuk bertemu Tuhanku atau pun aku telah berpaling, lupa, buat-buat lupa, mengikut hawa nafsu syahwat, menyimpang daripada urusan yang sangat penting yang kerananya aku dicipta?
Sedangkan sekarang ini, sedang menuju ke tempat dihitung amalan. Setiap sesuatu di dunia dan benda-benda yang Allah telah kurniakan adalah bertujuan untuk pengabdian kepada-Nya. Kita mestilah menjadikan (kurniaan tersebut) tunduk kepada perintah Allah SWT agar kita tidak keluar daripada dunia ini kecuali kita telah melaksanakan perintah Tuhan Penguasa alam. Firman Allah SWT:
 
{قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَاي وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ}(الأنعام/162).
{لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ}(الأنعام/163).
 
[6.162] Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[6.163] Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".
Kita tidak akan menyekutukan bersama Allah sesuatu pun di dalam ibadat. Allah yang Esamenciptakan kita, memberi rezeki, menciptakan kesemua makhluk, maka hanya Dialah yang layak disembah tanpa disekutukan dengan-Nya sesuatu pun.
 Jika ditanyakan kepada mana-mana individu apakah fungsi mata, telinga, akal, tangan, kaki dan kesemua anggota badan manusia, mereka akan menyatakan satu persatu fungsi anggota tersebut. Tidak ada sesuatu pun pada manusia daripada sel-sel yang seni sehinggalah kesemua anggota badan kecuali di sana ada tugas dan fungsi tertentu.
Persoalannya, kalaulah kesemua bahagian anggota itu mempunyai tugasan tertentu, maka apakah fungsi dan tugas manusia yang terdiri daripada anggota yang memang diketahui mempunyai tugas dan fungsi itu?
Bagi kita penganut Islam, jawapan kepada persoalan ini telah dijawab oleh Allah di dalam Al-Quran melalui dakwah para rasul. Tetapi kaum Kuffar apabila ditanya tentang hikmah kewujudan mereka di atas muka bumi, mereka tidak dapat memberikan jawapan yang jelas.
Kita akan mendapati daripada mereka jawapan yang pelbagai. Tetapi kebanyakan mereka akan mengatakan kehidupan ini adalah setakat di dunia kemudian lenyap begitu sahaja. Apa yang menghairankan, orang kafir yang belajar ilmu kedoktoran yang mengetahui fungsi dan tugas setiap juzuk tentang diri manusia pun tetap tidak dapat menjawab apakah fungsi dan tugas seorang manusia secara keseluruhan!!!
Jikalau kita mengatakan kepada mereka, sesungguhnya para doktor kamu adalah sia-sia dalam kerjaya mereka, mereka pasti akan mengejek kata-kata ini dengan berkata: adakah sesuatu yang sia-sia bagi orang yang merawat penyakit pada mata , mulut, perut, hati, apabila ia diserang penyakit? Sesungguhnya para doktor kami lebih tinggi untuk dinisbahkan kepada mereka dengan sia-sia.
Kita mengatakan kepada mereka kembali: kamu benar. Sesungguhnya orang yang membaiki kerosakan, merawat penyakit pada anggota tidak melakukan kerja sia-sia. Akan tetapi, bagaimana pula sangkaan kamu terhadap Pencipta mata, mulut, perut, hati dan manusia itu sendiri? Adakah hanya sia-sia dalam ciptaan-Nya?
Sesungguhnya Allah SWT Maha Mulia dan Maha Tinggi untuk dinisbahkan kepada-Nya dengan sia-sia. Firman Allah SWT:
{أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لاَ تُرْجَعُونَ}(المؤمنون/115).

[23.115] "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami